fbpx

Rancak Persiapan Pusat Rekreasi HALUAN Selangor

Rancak Persiapan Pusat Rekreasi HALUAN Selangor

Rancak Persiapan Pusat Rekreasi HALUAN Selangor

HULU LANGAT, SELANGOR, 25 Jan 2016 — Lebih 50 ahli HALUAN di Selangor telah turun bergotong-royong di tapak pusat rekreasi pertama HALUAN negeri ini di Lembah Pongsun dekat sini pada 24 Januari lepas. Gotong-royong berkenaan berlangsung daripada pukul 8.00 pagi hingga 1.00 tengahari.

Di antara aktiviti yang telah dilaksanakan adalah menanam benih pokok buah-buahan yang telah dibawa bersama oleh ahli-ahli, membersih tapak perkhemahan, membersih dan membuat laluan ke sungai, serta menyambung saluran bekalan air yang terputus.

Menurut pengarah program, Encik Abd Hafidz Hamzah, “gotong royong ini antara lain adalah untuk mengeratkan ukhwah di antara ahli-ahli HALUAN di Selangor di samping menyihatkan tubuh badan dengan berkebun. Peserta juga berkongsi bekalan makanan dan mengakhiri aktiviti berkala ini dengan bermandi di air terjun.”

“Pusat Rekreasi HALUAN Cawangan Selangor ini masih dalam fasa pembangunan. Kita berhasrat mewujudkan sebuah Pusat Rekreasi berprasarana lengkap untuk keperluan aktiviti HALUAN dan masyarakat umum dalam rangka pembinaan jati diri dan akhlak Muslim yang sebenar,” kata beliau yang juga AJK Biro Sukan dan Rekreasi HALUAN Selangor.


Laporan Mohd Nasaruddin Manaf