fbpx

Rampasan ke atas kepercayaan Yahudi

Rampasan ke atas kepercayaan Yahudi

Rampasan ke atas kepercayaan Yahudi

Operasi ketenteraan Israel ke atas rakyat Palestin masih berterusan walaupun setelah 60 tahun berada dalam suasana tegang, peperangan dan pertumpahan darah. Apa yang kebanyakan orang tidak dapat lihat adalah bahawa apa yang berlaku hari ini sebenarnya berakar-umbi dalam sejarah. Atas sebab-sebab tertentu, ramai yang terlupa bahawa penaklukan Israel ke atas Palestin telah dimulakan oleh Zionis atas apa yang mereka dakwa sebagai dasar-dasar agama.

Penubuhan entiti Zionis telah diasaskan atas apa yang dijelaskan sebagai konsep suci dalam Bumi Yang Dijanjikan (the Promised Land.) Dalam mereka menafsir kitab Genesis (17: 7-9) dari Kitab Lama (Old Testament,) golongan Zionist berkata bumi Kanaan adalah kepunyaan orang Yahudi selama-lamanya. “Dan Aku akan anugerahkan kepada kamu, dan kepada anak selepas kamu, bumi di mana kamu adalah orang asing, seluruh bumi Kanaan, untuk pemilikan selama-lamanya; dan Aku adalah Tuhan mereka.” “Dan Tuhan berkata kepada Ibrahim, kamu harus berpegang kepada perjanjian yang lalu, begitu juga kamu dan anak kamu selepas generasi kamu.” Pada tanggapan mereka, surah-surah ini menjadi asas utama dalam konsep Bumi Yang Dijanjikan. Tetapi ini bukanlah pandangan yang diterima oleh semua golongan Yahudi. Ramai Yahudi Ortodoks dan kumpulan-kumpulan seperti Neturei Karta menentang penafsiran Zionis ini, malahan menyatakan bahawa “perjanjian” tersebut adalah berasaskan hanya ke atas kepatuhan manusia kepada kuasa Tuhan. Kitab Taurat menjelaskan dengan terperinci bahawa jika perjanjian tersebut dikhianati, Yahudi akan dihukum dengan kejinya dan dihalau. Pun begitu, mereka telah dua kali gagal dalam menunaikan tanggungjawab mereka. Setiap kali sebagai hukuman terhadap kegagalan tersebut, Kuil Jerusalem dimusnahkan dan Yahudi dihalau atau buang negeri. Sebilangan masih percaya pembuangan negeri tersebut masih berlarutan hingga ke hari ini. Kaum Arab telah membuat perjanjian dengan Ismail as, manakala kaum Ibrani berjanji dengan Isa as, di mana kedua-dua mereka adalah dari keturunan Nabi Ibrahim as. Malahan, mengikut konsep Yahudi dalam Bumi Yang Dijanjikan, kaum Arab dan Ibrani seharusnya mewarisi bumi tersebut secara sama rata sebagai keturunan Ibrahim as. Hari ini Israel terus meningkatkan serangan ke atas Gaza, mendakwa roket-roket Hamas mendedahkan mereka kepada satu bentuk ancaman yang strategik. Semua kita tahu bahawa Hamas tidak mempunyai senjata-senjata terkini, jadi bagaimana mungkin mereka dapat menimbulkan ancaman sebagaimana yang digambarkan oleh Israel. Masalah yang sebenarnya adalah samada Hamas akan terus mengancam Israel dengan mempertikaikan kesahihan kewujudan Israel. Kehadiran Hamas di atas pentas politik di Timur Tengah menunjukkan bahawa rejim Zionis gagal dalam objektif utama mereka — untuk mengesahkan penaklukan ke atas bumi Palestin. Malahan, Israel sehingga kini bergelut dalam kalangan masyarakat mereka dan Yahudi yang anti Zionis, untuk mengesahkan penaklukan tersebut. Robert (Yisrael) Aumann, seorang cendikiawan Amerika-Israel, telah menyatakan bahawa Israel mungkin tidak akan mampu untuk terus wujud dalam jangka masa yang panjang. “Terlalu ramai Yahudi tidak faham mengapa mereka berada di sini. Jika kita tidak faham mengapa kita berada di sini, dan bahawa ini bukan Amerika atau suatu tempat untuk tinggal, kita tidak akan bertahan. Keinginan untuk hidup seperti bangsa-bangsa lain mungkin dapat bertahan untuk 50 tahun sahaja lagi, sekiranya kita masih berada di sini, ” kata pemenang Nobel Prize ekonomi tersebut sebagaimana dipetik oleh akhbar Haaretz pada 17 November 2006. Inilah sebenarnya mengapa Israel sentiasa mendesak kepada negara-negara jiran untuk mengiktiraf kewujudannya sebagai klausa utama dalam perhubungan mereka. Oleh itu, masyarakat antarabangsa perlu menyelesaikan isu rampasan kepercayaan Yahudi oleh gerakan Zionis. Jika tidak, tidak akan wujud penyelesaian secara taktikal kepada masalah Israel-Palestin.