fbpx

Projek Limau Nipis Orang Asli Mula Nampak Hasil

Projek Limau Nipis Orang Asli Mula Nampak Hasil

Projek Limau Nipis Orang Asli Mula Nampak Hasil

TASIK BANDING, PERAK, 12 Jan 2023 – Projek tanaman limau nipis serta serai  secara komersial di plot pertanian  orang asli Kampung Sungai Air Banun di sini telah semakin menampakkan kejayaan. Adalah dijangkakan pokok akan mula berbuah secara konsisten mulai bulan April 2023 ini.

Ini akan membolehkan orang kampung berkenaan untuk menuai hasil serta mula memasarkan buah-buah limau berkualiti tinggi itu di pasar borong Gerik. Secara tidak langsung, projek pertanian seluas 25,000 kaki persegi ini akan mampu menjana pendapatan kepada tuan tanah serta pekerja orang asli yang digajikan untuk projek pertanian berkenaan. HALUAN cawangan Pulau Pinang yang menjadi pemacu projek ini sejak lebih lima tahun lepas menjangkakan orang asli terbabit akan mampu meraih pendapatan bulanan sekitar RM1,000 pada permulaan tuai dan selepas itu antara RM2,000-3,000 sebulan bila kesemua pokok berkenaan telah mula aktif berbunga dan berbuah.

“Pendapatan sebanyak itu adalah dikira lumayan untuk mereka yang menghuni hutan rimba ini. Keperluan mereka sangat asas untuk survival. Mereka kini dapat menjana pendapatan dengan tidak perlu lagi meredah rimba mengambil upah mencari manau, akar kayu, pokok kayu, ikan tasik dan sebagainya sebagai mata pencarian. Kasihan kadang mereka berminggu bermalam di hutan dan tepi sungai untuk mencari rezeki. Pendapatan tidak seberapa dan tidak menentu. Sekarang ini, di sekitar kampung mereka sudah memadai dengan cara bertani. Kami di HALUAN berhasrat merubah paradigma mereka agar mahu berubah menjadi petani yang mampu menghasilkan tanaman pada skala komersial. Kami sebagai NGO membantu mereka dari A-Z, dari persediaan tapak, menyemai benih hinggalah memasarkan hasil pertanian mereka. Semua keuntungan jualan adalah milik mereka sepenuhnya,” berkata Ketua Biro Kebajikan HALUAN, Encik Abdul Halim Khudri.

Namun masalah pengairan masih menjadi halangan yang besar untuk memastikan pokok dapat hidup dengan subur. Cadangan asal beberapa institusi yang prihatin untuk mengepam air dari sungai menggunakan kuasa solar terpaksa dibatalkan kerana masalah kepala air dan arus yang deras. Ia akan menghanyut dan merosakkan segala pemasangan peralatan sedutan air itu yang terendam dalam sungai.

Usaha-usaha  untuk mencari kaedah yang sesuai terus diperhebatkan. Untuk itu  seramai lapan orang pensyarah bidang kejuruteraan daripada Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah (PTSB) Kulim bersama dengan  relawan-relawan HALUAN Pulau Pinang telah turun ke perkampungan orang Asli Air Banun untuk  mengkaji kaedah yang  paling sesuai untuk pengairan di ladang berkenaan.

“Selepas perbincangan yang intensif serta lawatan ke tapak bersama pakar kejuruteraan pelbagai bidang PTSB, kita bersetuju untuk menggunapakai kaedah menyedut air bawah tanah melalui sistem telaga tiub ataupun “bore well”. Ini memerlukan kos tambahan sebanyak RM5,000 sebagai kos sampingan utama, tidak termasuk kerja pemasangan berkaitan seperti sistem solar, relay pump, sistem saliran paip, pagar sekuriti, pili dan lain-lain yang secara keseluruhannya akan menelan belanja sebanyak RM10,000,” jelas Halim.

Pada kesempatan masa yang ada, HALUAN telah berkunjung hormat ke pejabat Pengurus Rancangan Penempatan Semula Orang Asli Air Banun, Encik Mohammad Insan Latif. Pertemuan diwakili oleh Abd Halim sendiri disertai  Bendahari HALUAN Pulau Pinang, Encik Zulkifli  Ismail.

Bantulah kami untuk bantu masyarakat orang asli di gagasan Air Banun ini. Kampung ini penduduknya 100% buta huruf dan amat memerlukan bimbingan dan bantuan kita semua. HALUAN menjadi pemacu, anda semua menjadi pendana sebagai bekalan akhirat.

Anda boleh membantu mereka dengan menderma di akaun:

Program Pembangunan Minda Edu-Banun Anak-Anak Orang Asli

RM16,421 of RM100,000 raised
RM
Select Payment Method
Personal Info

Terms

Donation Total: RM100.00

Program Pembangunan Minda Edu-Banum Anak anak Orang Asli Kg Air Banun, Grik, Perak


Objektif

  • Memperkenalkan warna, saiz dan bilangan menggunakan sumber alam semulajadi yang terdapat di persekitaran penempatan mereka.
  • Memperkenalkan kemahiran 3M melalui kaedah Didik Hibur.
  • Memperkukuhkan kemahiran menulis dan membaca mengikut kategori kebolehan setiap kumpulan sasar.


Laporan Biro Kebajikan HALUAN.