fbpx

Asrama HALUAN Penyayang (AHP)

Asrama HALUAN Penyayang (AHP)

Asrama HALUAN Penyayang (AHP)

Asrama HALUAN Penyayang (AHP) telah ditubuhkan oleh Biro Kebajikan HALUAN pada bulan Januari 2006. Asrama ini beroperasi di Kompleks Darul Miftah As-Sa’adah di Bukit Naga, Shah Alam yang dibina di atas tanah wakaf bertempoh.

  • country
    Malaysia
  • people served [?]
    30
  • type
    Child Education
  • fund raised
    RM 25,000.00

AHP merupakan sebuah pusat aktiviti pendidikan dan penginapan bagi anak-anak yatim dan fakir miskin. Di sini, HALUAN sebagai pihak pengurusan asrama berusaha menyempurnakan segala keperluan asas makan dan minum, tempat tinggal, pendidikan, bimbingan dan motivasi serta latihan agar mereka terbela dan terbina saksiah yang soleh musleh. Penekanan khusus diberikan di dalam pembangunan potensi diri dalam aspek fizikal, mental, rohani dan emosi melalui pelbagai program dan aktiviti yang terancang.

Penghuni AHP adalah terdiri pelajar-pelajar lelaki dan berumur dari 8 tahun ke 17 tahun. Mereka datang dari pelbagai negeri di Malaysia seperti Selangor, Pulau Pinang, Kedah dan Pahang. Pembiayaian operasi AHP adalah bergantung sepenuhnya kepada sumbangan masyarakat prihatin.

Bagaimana anda boleh membantu AHP?

1. Sumbangan wang tajaan secara tetap (bulanan/tahunan)
Nama Akaun: Tetuan Tabung Anak Yatim dan Miskin HALUAN Penyayang
Bank: Bank Islam Malaysia Berhad
No Akaun: 1203 8010 0810 98

2. Tajaan barangan
Makanan seperti beras, gula, minyak masak, roti, biskut, bawang, ubi kentang, sos, kicap dan lain-lain.
Sumbangan keperluan pelajar seperti pakaian, alat tulis dan barangan kebersihan diri
Sumbangan perabot atau peralatan seperti kerusi, meja, almari dan lain-lain yang sesuai.
Sumbangan tenaga/ilmu/kepakaran seperti pengisian kelas tambahan, motivasi, psikologi, teknik belajar, nasyid dan kemahiran seni.

Para dermawan boleh menyumbang terus kepada AHP di alamat:

Asrama HALUAN Penyayang (AHP)
Lot 4213, Jalan Klinik, Bukit Naga
Seksyen 32, 40460 Shah Alam
Selangor Darul Ehsan

Hubungi
Asrama HALUAN Penyayang (AHP) mengalu-alukan pandangan, cadangan, nasihat, pertanyaan dan juga sumbangan.

Mohd Azhar Md Idris – Ketua Biro Kebajikan HALUAN (Tel: 012-6012 743)
Abdul Halim Khudri – Penyelaras Pusat Jagaan HALUAN (Tel: 019-4644 357)
Mohd Nasaruddin Abdul Manaf– Pengurus AHP (Tel: 019-5592 042)
Abdul Manas Hussein – Mudir AHP (Tel: 019-2621 213)
Shahril Ramli – Setiausaha Kerja (Tel: 013-3984 550)

Maksud Surah Al-Ma’un Ayat 1-3: “Tahukah kamu orang yang mendustakan Agama? Maka itulah orang yang mengherdik anak yatim dan tidak mendorong memberi makan kepada orang miskin …”

RM186,240 of RM200,000 raised
RM
Select Payment Method
Personal Info

Terms

Donation Total: RM280.00 One Time