fbpx

Program “Ramadhan Membina Imani, Palestin Kami Sayangi” di MITC Ayer Keroh

Program “Ramadhan Membina Imani, Palestin Kami Sayangi” di MITC Ayer Keroh

Program “Ramadhan Membina Imani, Palestin Kami Sayangi” di MITC Ayer Keroh

AYER KEROH, 29 Ogos 2010 – Buat sekian kalinya, HALUAN Palestin Melaka dengan kerjasama Koperasi Ummah Dana Wawasan Melaka Berhad (KUDWAH Berhad) dan  Mydin Mall MITC berjaya menganjurkan Kempen dan Pameran “Ramadhan Membina Imani, Palestin Kami Sayangi” bertempat di Concourse Tingkat Bawah Mydin Mall MITC Ayer Keroh.


Program tersebut telah berlansung selama dua hari berturut-turut bermula dari 28 hingga 29 Ogos 2010, setiap hari dari jam 9 pagi sehingga jam 11 pagi. Program kempen kesedaran Palestin ini turut dijayakan oleh beberapa syarikat prihatian yang ingin menyumbangkan keuntungan jualan mereka ke Tabung Lifeline4Gaza seperti ArgoMarin Sdn Bhd, SMS Maju Ent dan KUDWAH Bhd.

Relawan-relawan HALUAN, ahli-ahli Fan Club Lifeline 4 Gaza, ahli-ahli HALUAN Siswa Melaka serta ahli-ahli KUDWAH Berhad telah mengambil kesempatan ini menyumbang masa dan tenaga untuk menjayakan program ini di samping beramah mesra bersama masyarakat.

Program kali ini turut diisi dengan pameran infomasi Misi Kemanusiaan Lifeline4Gaza, pemeriksaan kesihatan amal oleh Kelab Kesihatan HALUAN (KKH), tandatangan sokongan untuk Gaza, jualan amal untuk Gaza, pertandingan mewarna untuk kanak-kanak serta pungutan tabung Lifeline 4 Gaza.

Menurut Pengerusi HALUAN Palestin Melaka, En. Shahkirin Bin Mohd Shah, tujuan serta matlamat kempen dan pameran ini adalah untuk merealisasikan visi HALUAN Palestin untuk menjadikan permasalahan Palestin  sentiasa di hati ummah. Program kesedaran ini merupakan satu pendekatan yang baik bagi menyebarluaskan infomasi terkini berhubung isu-isu Palestin.

Program dua hari ini telah berjaya mengumpulkan sumbangan orang ramai sebanyak RM8,660-00 untuk tabung Lifeline 4 Gaza dan RM800-00 untuk tabung bencana alam Pakistan. Kutipan tersebut dibuat melalui edaran tabung sumbangan serta pemeriksaan kesihatan amal.

Pengarah program ini, saudara Khalid Al-Walid Bin Mustafa Kamil berkata, “program seperti ini akan terus dianjurkan oleh HALUAN Palestin Melaka di lokasi-lokasi lain seperti di pasaraya-pasaraya serta pusat-pusat membeli belah di seluruh negeri Melaka bagi mengisi tabung Lifeline 4 Gaza serta menyampaikan maklumat terkini berhubung permasalahan Palestin, Misi Konvoi Kemanusiaan Lifeline 4 Gaza serta kempen terkini Pelayaran Kemanusiaan Malaysia yang dianjurkan oleh Sekreteriat Lifeline 4 Gaza.”

Pihak HALUAN Palestin Melaka mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua relawan-relawan HALUAN, ahli-ahli Fan Club Lifeline 4 Gaza, ahli-ahli HALUAN Siswa, pengurusan Mydin Mall MITC, Ayer Keroh serta dermawan-dermawan yang telah menyumbangkan tenaga, masa serta wang ringgit bagi menjayakan program ini.