fbpx

Program Korban HALUAN 1431 di Vietnam dan Bangladesh

Program Korban HALUAN 1431 di Vietnam dan Bangladesh

Program Korban HALUAN 1431 di Vietnam dan Bangladesh

Setiap kali ketibaan Hari Raya Aidiladha, masyarakat Islam di Malaysia tidak akan melepaskan peluang untuk mendekatkan diri kepada Allah dengan melaksanakan ibadah korban.


Keprihatinan mereka terhadap umat Islam yang miskin dan kurang bernasib baik membuatkan perlaksanaan program korban tersebut menjangkau ke luar negara. Seperti tahun-tahun sebelum ini, HALUAN mewakili ahli-ahlinya dan juga masyarakat umum untuk melaksanakan sembelihan korban serta akikah di beberapa buah perkampungan orang Islam di Kemboja, Vietnam dan Bangladesh.

Lebih daripada 100 ekor haiwan korban serta akikah telah diuruskan oleh HALUAN Malaysia pada tahun ini berbanding 84 ekor pada tahun lepas.

Korban di Vietnam

Ibadah korban di Vietnam dilaksanakan di tiga lokasi iaitu di Chau Doc, Tay Ninh dan Q8 di Ho Chi Minh. Tempat-tempat ini dipilih kerana kebanyakan penduduk di kampung-kampung ini adalah orang Islam yang fakir dan miskin.

Korban di Bangladesh

Sebanyak 11 ekor lembu korban dan seekor kambing akikah telah disembelih di Bangladesh bagi pihak anggota HALUAN dan orang ramai. Acara penyembelihan diadakan di Masjidul Fatah di Rajshahi yang mempunyai ramai penduduk Islam yang fakir dan miskin.

HALUAN Malaysia diwakili oleh Tn Haji Mubarak bin Ali yang turut bersama-sama membantu dan mengagihkan daging kepada penduduk setempat. Pengagihan daging dilakukan secara serahan dari rumah ke rumah dan selesai pada jam 11 malam.