fbpx

PROCAST Kedah & Pulau Pinang membantu calon SPM 2013

PROCAST Kedah & Pulau Pinang membantu calon SPM 2013

PROCAST Kedah & Pulau Pinang membantu calon SPM 2013

SUNGAI PETANI, 6 Jun – Persediaan menghadapi SPM 2013 perlu dititikberatkan maka Biro Pelajaran HALUAN Kedah & Pulau Pinang dengan kerjasama HALUANSiswa telah menganjurkan Program Cemerlang Akademik Sahsiah Terpuji (ProCAST) Siri 1/2012.

Program 4 hari 3 malam ini telah diadakan di Kem D’Omland, Bukit Kechil di sini. Seramai 39 orang peserta yang terdiri daripada pelajar tingkatan 4 menyertai program ini.

Melalui aktiviti-aktiviti yang dijalankan sepanjang program tersebut, pihak penganjur cuba mendedahkan peserta kemahiran berorganisasi, pengurusnn diri dan komunikasi, penguasaan kemahiran belajar yang berkesan, pendedahan kepada peluang kerjaya berdasarkan minat dan prestasi akademik, serta melahirkan kepimpinan pelajar yang berketrampilan dan berwibawa.

Antara pengisian yang utama ialah pengurusan masa, kemahiran belajar, ekspolarasi minat kerjaya, introspeksi diri dan refleksi diri. Komandan Kem, Sdr. Muhamad Firdaus Abdul Shukor berkata “Semua peserta memberikan kerjasama yang sangat baik sehinggakan program ini dapat dijalankan dengan jayanya. Ini menunjukkan bahawa semangat mereka menempuh SPM 2013 sangat baik.”

Dalam Perasmian Penutup, En. Abdul Halim bin Ahmad, Ketua Sektor Pengurusan Maklumat dan ICT, Jabatan Pelajaran Negeri Kedah berkata, “Pendekatan yang digunakan di dalam kem sangat unik dan berlainan dengan kem yang lain. Ia mengutamakan semua fakulti insan, jasmani, ruhani dan aqli.”

Semoga program ini memberi impak yang baik kepada calon SPM 2013 untuk menempuh peperiksaan pada tahun hadapan dan seterusnya mendapat kecemerlangan di dalam peperiksaan, kerjaya dan kehidupan masing-masing.