fbpx

ProCAST 4.0 Putrajaya Berimpak Tinggi

ProCAST 4.0 Putrajaya Berimpak Tinggi

ProCAST 4.0 Putrajaya Berimpak Tinggi

KAJANG, 23 Jul 2019 — Program Cemerlang Akademik & Sahsiah Terpuji atau ProCAST 4.0 yang diadakan pada 20 Julai lepas telah menarik seramai 90 peserta pelajar Sekolah Agama Menengah Sungai Merab Luar (SAMSMEL) .

Program  kali ini adalah anjuran HALUAN cawangan Putrajaya, Sekolah Agama Menengah Sungai Merab Luar (SAMSMEL) dan Masjid Putra, Putrajaya.

Fasilitator sukarelawan mahasiswa daripada Kolej Teknologi Darulnaim Kuala Lumpur (KTDKL) turut menjayakannya kali ini dengan menyantuni para peserta daripada kalangan pelajar Tingkatan 4 SAMSMEL.

Para peserta begitu teruja dengan program selama sehari itu. Mereka disajikan dengan aktiviti Ice Breaking, LDK Rahsia Pohon Idaman, Hubblul ‘ilm – Motivasi Belajar (Rahsia Pelajar Cerdik – Imam Syafie), Kemahiran Belajar Berprestasi Tinggi, serta Cabaran Remaja Menghadapi Gejala Internet dan RI 4.0.

Program diakhiri dengan ucapan penutup oleh pengetua SAMSMEL, Ustaz Samzini Abdullah serta penyerahan cenderamata.

HALUAN mengalu-alukan sebarang bentuk kerjasama daripada pelbagai pihak, samada sekolah, badan-badan korporat, ataupun sesiapa sahaja, termasuk mahasiswa bagi menjayakan program-program seperti ini.

Mudah-mudahan program-program seperti ini dapat memberi impak yang baik terhadap pembinaan sahsiah remaja dan pelajar secara amnya, mengubah mereka menjadi insan berakhlak tinggi dan suka belajar. 

__
Laporan HALUAN Putrajaya