fbpx

PM Palestin Ucap Tahniah Aidil Fitri Untuk Rakyat Malaysia

PM Palestin Ucap Tahniah Aidil Fitri Untuk Rakyat Malaysia

PM Palestin Ucap Tahniah Aidil Fitri Untuk Rakyat Malaysia

GAZA, 1 SEPTEMBER 2012 — Sempena menyambut hari kebesaran Aidil Fitri yang baru lalu, Perdana Menteri Palestin Ustaz Ismail Haniyyeh telah merakamkan ucapan tahniah dan penghargaan kepada seluruh umat Islam di Malaysia.

Melalui rakaman wawancara oleh wakil MediaHALUAN di Gaza, Sdr Abdillah Onim, Ustaz Ismail Haniyeh turut memuji rakyat Malaysia kerana dapat hidup dalam sebuah negara yang pesat dengan kemodenan.

“Daripada rakyat Palestin yang sedang berjihad di bumi Palestin ini, saya sampaikan ucapan tahniah Hari Raya Aidil Fitri yang sangat menggembirakan,” kata beliau. “Saya mengucapkan selamat untuk semua rakyat Malaysia, saya meluahkan setinggi-tinggi rasa penghargaan buat rombongan-rombongan dari Malaysia yang datang tidak putus-putus ke bumi Gaza yang dikepung,” sambungnya lagi.

Kehadiran relawan-relawan Malaysia dari pelbagai NGO jelas membangkit semangat ukhuwah kepada penduduk Gaza yang sekian lama dipisahkan daripada dunia luar oleh rejim pengganas Zionis Yahudi. Mereka melihat usaha rakyat Malaysia ini sebagai kesungguhan berterusan untuk merobohkan sekatan zalim itu dan berganding bahu membebaskan Palestin.

Para relawan HALUAN turut berjaya memasuki Gaza bagi menghantar bantuan dan menyusun kerjasama jangka panjang pada akhir bulan April lalu.

Di akhir kata, Ustaz Ismail Haniyeh mengungkap kepada semua kaum Muslimin di Malaysia, “Semoga setiap tahun yang mendatang anda semua dalam kebaikan bersempena Hari Raya Aidil Fitri ini.”

{youtube}bcCR-LlodoE{/youtube}


Laporan Abdillah Onim, petugas MER-C Indonesia mewakili MediaHALUAN di Gaza.