fbpx

PM Itali: Masa Depan Israel bersama Kesatuan Eropah

PM Itali: Masa Depan Israel bersama Kesatuan Eropah

2 Feb, Tel Aviv – Dalam kunjungan Perdana Menteri Itali, Silvio Berlusconi ke Israel pada Isnin (1 Feb) lalu menyatakan dengan tegas bahawa masa depan negara Yahudi berada dengan Kesatuan Eropah. “Keinginan terbesar saya, selama saya menjadi protagonis dalam politik, adalah untuk membawa Israel ke dalam keanggotaan Kesatuan Eropah,” kata pemimpin Itali itu di pejabat Perdana Menteri Benjamin Netanyahu. Berlusconi juga berbicara tentang “persahabatan dan cinta yang besar bagi Israel dan orang-orangnya.”

Netanyahu menyebut kunjungan bersama 8 menteri yang menyertai Berlusconi akan mengadakan perbincangan dua hala kabinet bersama pada hari Selasa (2 Feb), ianya sebagai suatu yang “bersejarah”. “Saya memiliki hak istimewa untuk menjadi salah satu teman terbesar Israel,” katanya. Situasi hubungan Israel dengan beberapa negara Eropah menjadi semakin dingin atas konflik yang terjadi di Palestin, hubungan dengan Itali jauh lebih hangat, didorong oleh persahabatan peribadi antara kedua pemimpin tersebut. Berlusconi, yang akan berpidato di Parlimen Israel, Knesset, pada hari Rabu nanti, mengatakan dalam satu majlis makan malam bagaimana kunjungan beliau ke kem kematian Auschwitz Nazi di Poland telah mempengaruhi dukungan beliau untuk Israel. “Sejak saat itu saya merasa menjadi sebahagian dari sejarah dan saya bertindak dengan cara yang saya fikir itu yang paling tepat dengan memberi dukungan kepada orang-orang Anda dan negara Anda,” katanya. “Ini adalah tugas saya untuk bertindak sehingga para pemimpin Kesatuan Eropah tidak membuat kesalahan yang sama,” katanya, menekankan bahawa “ketidakpedulian” adalah akar penyebab dari Holocaust. Kunjungan tiga hari Berlusconi ini adalah kunjungan luar negeri pertama sejak beliau diserang oleh seseorang pada bulan Disember yang lalu dan menyebabkan patah hidung dan dua giginya.(iw/alby/wp)