fbpx

PKPB II: Sumbangan Barang Dapur Untuk Penduduk RPS Air Banun

PKPB II: Sumbangan Barang Dapur Untuk Penduduk RPS Air Banun

PKPB II: Sumbangan Barang Dapur Untuk Penduduk RPS Air Banun

AIR BANUN. GERIK, 22 Nov 2020 – Pelaksanaan Peraturan Kawalan Pergerakan Bersasar (PKPB) oleh pihak berkuasa untuk mengekang wabak COVID-19 tidak menghalang HALUAN untuk terus menyampaikan sumbangan kepada penduduk orang asli di RPS Air Banun.

Seperti lazimnya sebelum ini, HALUAN Pulau Pinang mendapat kebenaran perjalanan daripada pihak polis dan mematuhi semua peraturan keselamatan yang telah ditetapkan. Seramai sembilan orang relawan diketuai Dr. Ahmad Ikhwan Subberi, merangkap Ketua Biro Kebajikan HALUAN Pulau Pinang, telah turun ke dua buah perkampungan tersebut, Kampung Air Banun dan Kampung Sungai Raba, untuk menyampaikan barang bantuan dapur.

Barangan yang disumbangkan hasil derma orang ramai ialah seperti beras, tepung, minyak masak, telur dan gula bernilai RM50.00 setiap pek untuk satu keluarga. Seramai 71 keluarga Orang Asli di kampung terbabit telah menerima sumbangan hasil derma itu, antara lainnya daripada kariah Masjid At-Taqwa, Bertam.

Menurut Pengerusi Ahli Lembaga Pengarah Projek Pembangunan OA (PPOA) HALUAN Pulau Pinang, Encik Abdul Halim Khudri, penduduk perkampungan berkenaan sangat terjejas dengan PKPB kedua ini kerana mereka tidak dapat menjual hasil hutan ke luar kampung mereka. Ini menjejaskan pendapatan mereka seharian. Mereka hanya bergantung kepada hasil hutan untuk mencari sesuap rezeki.

“Berita kesusahan mereka ini sampai kepada pengetahuan kami yang sememangnya masuk-keluar di sana kerana kami sedang melaksanakan dua buah projek berbentuk sosio-ekonomi dan pendidikan awal kanak-kanak. Lantas kami membuat kutipan kilat untuk membolehkan mereka mengalas perut sambil menanti tamatnya PKPB ini. Penyampaian sumbangan kepada penduduk telah disempurnakan oleh Bendahari Haluan Pulau Pinang, Encik Zulkifli Ismail yang turut serta dalam misi kali ini. . Ia disambut baik oleh Tok Batin kedua-dua kampung dan dibantu petugas RELA orang asli di sana,” kata Halim.

Dalam ucapan beliau, Tok Batin Kampung Air Banun, Encik Ceknekleg mengucapkan terima kasih kepada semua penyumbang yang telah membantu mereka.

Apakah pula peranan anda? Kami sebagai NGO prihatin masyarakat menyeru semua golongan masyarakat untuk terus menyumbang kepada Tabung PPOA ini melalui saluran berikut:

  • Nama Bank: Maybank
  • No. Akaun: 5572 5506 2982.
  • Nama Akaun: Pertubuhan Himpunan Lepasan Institusi Pendidikan Malaysia Caw. Pulau Pinang

Sila hantar mesej pengesahan kiriman derma anda ke nombor telefon +60 19-414 6698 untuk tujuan rekod dan permintaan resit.


Laporan Abdul Halim Khudri, HALUAN P.Pinang