fbpx

Pintu Ar-Rayyan Bagi Mereka Yang Berpuasa

Pintu Ar-Rayyan Bagi Mereka Yang Berpuasa

Pintu Ar-Rayyan Bagi Mereka Yang Berpuasa

Daripada Sahl bin Sa‘ad RA berkata, Nabi SAW bersabda:

“Sesungguhnya di syurga ada satu pintu yang diberi nama Ar-Rayyan, iaitu pintu masuk bagi orang yang berpuasa di hari kiamat nanti. Tidak akan masuk daripada pintu itu kecuali orang yang berpuasa, akan diseru oleh penjaganya: Dimanakah orang yang berpuasa? Maka mereka yang berpuasa pun bangun (memasukinya), tidak ada yang akan memasukinya melainkan mereka sahaja. Apabila mereka memasukinya, pintu itu akan ditutup, maka tiada siapa lagi yang akan dapat memasukinya.”

(Muttafaqun ‘Alayhi, hadith riwayat al-Bukhari, no. 1896, Muslim, no. 1152, At-Tirmizi, no. 765, An-Nasaie, no. 2237)

Pintu tersebut dinamakan “Ar-Rayyan” yang berasal dari kalimah “Array” dari segi bahasa membawa maksud titisan air hujan yang pertama.

Kiasan kepada orang yang berpuasa apabila memasukinya akan hilanglah segala kehausannya selama-lamanya sebagaimana apabila kita sesat di padang pasir yang panas dalam keadaan kehausan dan apabila disebutkan air maka akan terasa kehausan itu semakin berkurangan walaupun sebenarnya kita belum meminumnya lagi.

Bayangkanlah apabila kita dapat menikmati air tersebut tatkala kehausan. Betapa nikmatnya tidak dapat diperkatakan.

Apatah lagi nikmat-nikmat yang tak dapat digambarkan di syurga kelak, bukan?

#StayAtHome

#KitaJagaSemua

#SejutaBarakahRamadan

__
Donate to Sejuta Barakah Ramadan

#StayAtHome – Lakukan Sedekah Dengan Lebih Selamat & Cekap Secara Atas Talian

Join Broadcast List HALUAN
http://broadcasthaluan.wasap.my