fbpx

PIMPIN Mampu Lahir Pemimpin Berjaya

PIMPIN Mampu Lahir Pemimpin Berjaya

PIMPIN Mampu Lahir Pemimpin Berjaya

mtp28-Presiden0JITRA, KEDAH, 30 Apr 2017 – Presiden HALUAN, Dr. Abdullah Sudin Ab Rahman, menaruh harapan agar HALUAN melaksanakan dengan sebaik-baiknya modul yang telah dibentuk dalam Program Kepimpinan Masa Depan (PIMPIN) yang dimulakan di peringkat lepasan SPM 2016.

Katanya HALUAN perlulah memanfaatkan semua institusi yang ia miliki dan terkait untuk mengendali dan melaksanakan program-program latihan yang digubal dengan cara tersusun dan mantap. HALUAN juga memerlukan tokoh-tokoh daripada kalangan wanita yang berkemahiran dalam pelbagai bidang yang bukan hanya berkhidmat untuk organisasi tetapi juga kepada deen dan masyarakat.

Beliau menegaskan pemuda-pemudi adalah pewaris masa hadapan kerana mereka memiliki tenaga dan semangat yang membara. Dengan itu, pembentukan awal kefahaman melalui kaedah PIMPIN akan dapat melahirkan para du’at yang berketerampilan. Beliau berkata demikian dalam ucaptamanya bersempena Mesyuarat Tahunan Perwakilan (MTP) HALUAN ke-28 di sini.

Laporan Nik Ali Imran Nik Kamaruzaman
Wartawan mediaHALUAN