fbpx

PICCR: 68 ibu lahirkan anak, 34 bayi dan 4 ibu meninggal dunia di tempat sekatan

PICCR: 68 ibu lahirkan anak, 34 bayi dan 4 ibu meninggal dunia di tempat sekatan

PICCR: 68 ibu lahirkan anak, 34 bayi dan 4 ibu meninggal dunia di tempat sekatan

The Palestinian Independent Commission for Citizens Rights (PICCR) melaporkan bahawa tentera pengganas Israel yang berkawal di ratusan sekatan-sekatan jalan dalam wilayah yang mereka duduki secara haram telah menghalang ibu-ibu daripada melalui sekatan tersebut ketika dalam keadaan kecemasan untuk melahirkan anak. Akibat tindakan tidak berperikemanusiaan mereka itu, 34 orang bayi dan 4 orang ibu telah meninggal dunia di sekatan-sekatan tersebut. Menurut laporan suruhanjaya PICCR itu, sepanjang kempen Intifadah Al-Aqsa dari 28 September 2000 sehingga Julai 2006, tentera Israel yang berkawal di sekatan-sekatan jalan telah memaksa 68 orang pesakit melahirkan anak di tempat sekatan, selepas menghalang mereka daripada melepasi sekatan untuk dihantar ke hospital atau pusat-pusat perubatan. PICCR juga menyatakan bahawa prosedur yang dikenakan oleh Israel sangat menyusahkan kehidupan rakyat Palestin, termasuk wanita-wanita hamil, dengan mengenakan syarat-syarat yang tidak munasabah dan tindakan-tindakan di luar batasan undang-undang di tempat-tempat sekatan. [HP/IMEMC]