fbpx

Perutusan Presiden HALUAN Malaysia Sempena Aidil Fitri 1433H

Perutusan Presiden HALUAN Malaysia Sempena Aidil Fitri 1433H

Perutusan Presiden HALUAN Malaysia Sempena Aidil Fitri 1433H

BANGI, SELANGOR 19 Ogos 2012 bersamaan 1 Syawal 1433H – Tujuan keberadaan kita di sepanjang bulan Ramadhan yang baru lepas ini adalah untuk memperolehi taqwa sejati daripada Allah SWT.

Menurut Presiden HALUAN Malaysia, Dr Abdullah Sudin Ab Rahman, taqwa yang dihasilkan oleh madrasah Ramadhan inilah yang akan memberikan suatu nilai dan harga kepada kita untuk mendapat tempat yang tinggi di sisi Allah SWT. Sementara lafaz takbir yang bergema di pagi Syawal yang hening, menggambarkan suatu kebesaran dan keagungan kepada Allah SWT setelah kita penat berpuasa sebulan dan berjaya memerangi semua runtunan nafsu demi mencapai taqwa yang berkualiti.

Ia adalah simbol kemerdekaan jiwa yang bebas daripada belenggu syaitan dan hawa nafsu. Inilah hakikat sebuah kemerdekaan dan kemenangan yang kita semua hajati.

Lantas Aidil Fitri adalah hari kemenangan bagi hamba-hamba Allah SWT yang berjaya kembali kepada fitrah asalnya setelah sebulan melalui madrasah Ramadhan al-Mubarak. Madrasah latihan kejiwaan secara intensif bagi mendidik hati-hati manusia dalam meraih darjat taqwa yang sebenarnya.

Teks penuh ucapan beliau boleh dicapai di sini.

Ikuti video perutusan Presiden HALUAN Malaysia sempena Aidil Fitri 1433H di bawah:

{youtube}3Q_ugvdzQ2Q{/youtube}