fbpx

Perkhemahan Musim Panas Pasca Serangan di Ghaza Untuk Wanita OKU

Perkhemahan Musim Panas Pasca Serangan di Ghaza Untuk Wanita OKU

Perkhemahan Musim Panas Pasca Serangan di Ghaza Untuk Wanita OKU

HAMAS telah mengadakan program perkhemahan musim panas pasca serangan di Ghaza khusus untuk kaum Hawa yang menjadi mangsa akibat kekejaman serangan Yahudi Israel. Sasaran peserta adalah terdiri daripada kalangan para wanita yang mengalami kecederaan dan kecacatan di pantai Laut Ghaza akibat serangan Yahudi Israel. Dalam acara tersebut telah di isi dengan pelbagai pengisian, permainan dan kegiatan-kegiatan lainnya. Tahrir Shahin, ibu kepada tujuh orang anak, merasakan manfaat dari perkhemahan tersebut di mana beliau merasakan dirinya lebih yakin dan kuat untuk menghadapi hari-hari mendatang di banding sebelumnya. Shahin sendiri mengalami patah tulang di bahagian kaki kanannya akibat terkena roket Israel. “Perkhemahan iini sebuah sentuhan yang luarbiasa, yang dapat mengisi setiap wanita yang trauma akibat kecederaan serangan penjajah Israel. Kami tidak mungkin menafikan peranan besar yang dimainkan melalui program-program (perkhemahan) ini, kami melalui pengalaman yang membahagiakan hati kami di sepanjang program, sekurangnya mampu meringankan rasa tekanan jiwa kami yang belum juga reda,” ujar Shahin menjelaskan. Luahan seperti Shahin juga terpapar pada para wajah puluhan lagi wanita Ghaza lainnya yang meyertai perkhemahan tersebut. Setiap dari mereka memiliki kisah yang memilukan mirip cerita-cerita dramatik di sinetron-sinetron televisyen. Jamilah Salman (40 tahun) misalnya, wanita yang berasal dari Beit Lehiya Utara Ghaza itu merasakan manfaat dari program perkhemahan itu. Kedua kaki Jamilah mengalami patah tulang yang amat parah akibat terkena roket penjajah Israel. Namun, Jamilah tidak pernah mengeluh atas serangan itu. “Apapun yang dilakukan penjajah itu terhadap kami, berupa pembunuhan dan pengusiran, mereka tidak akan pernah menghentikan ketabahan kami. Kamilah yang telah mengorbankan suami-suami kami, anak-anak kami dan nyawa-nyawa kami di jalan Allah,” tegas Jamilah. Secara tegas Jamilah menolak jika dirinya merasa putus asa. “Melalui perkhemahan ini kami dapat nafas baru, iaitu kekuatan, kemahuan dan tekad. Kami terbiasa berhadapan hambatan dalam kehidupan seharian kami secara biasa-biasa saja,” tambah beliau Sementara itu fasilitator program perkhemahan, Ummu Shalah, menjelaskan, perkhemahan itu bertajuk ‘Kemuliaan dan Ketabahan’dan merupakan satu perkhemahan yang belum pernah diadakan sebelumnya di Ghaza. Acara itu diikuti oleh 40 wanita yang mengalami kecederaan akibat serangan Israel. Mereka semua berusia di atas 18 tahun dan berasal dari Ghaza di bahagian utara. Perkhemahan ini berlangsung selama enam hari. Berkaitan dengan objektif dan tujuan perkhemahan itu, Ummu Shalah menjelaskan, iaitu adalah untuk menyatukan dan merapatkan ukhwah antara peserta dan membangkitkan perasaan bahawa mereka masih upaya membantu agama, bangsa dan negara. Ummu Shalah juga menegaskan, perkhemahan tersebut juga bertujuan untuk mengatakan kepada dunia bahawa mereka akan tetap tabah di tanah yang suci ini meski mengalami kecederaan dan kecacatan, pembunuhan dan kekejaman menimpa mereka. Di sepanjang program, peserta melalui pelbagai modul dan pendekatan aktiviti yang menarik. Selain itu, acara perkhemahan juga diisi dengan pelbagai diskusi, tazkirah, pendidikan dan siri dialog bersama agensi Pertubuhan , kementerian dan tokoh-tokoh tertentu untuk mendengar keluhan-keluhan dan keperluan para peserta tersebut.(milyas/aljazeera