fbpx

Perbaharui Semangat!

Perbaharui Semangat!

Perbaharui Semangat!

Pernahkah anda menggunakan parang yang berkarat? Parang yang berkarat adalah parang yang rapuh, jangankan menebas pokok yang besar, untuk menebas semak yang tebal pun tidak boleh diharap.

Begitulah juga hati.

Dari Ibn Umar ia berkata: Rasulullah SAW bersabda: “Hati ini berkarat seperti berkaratnya besi jika terkena air”. Lalu baginda ditanya: “Apakah pembersihnya?” Sabda beliau: “Banyak mengingati mati dan membaca Al-Quran.” (Riwayat Al-Baihaqi)

Membaca al-Qur’an bukan sekadar lantunan bibir, bahkan ia adalah pembersih yang membersihkan jiwa dan semangat. Hati yang tidak bersemangat umpama pokok yang layu, bukan sahaja dirinya tidak kuat, orang yang melihat pun tak sudi kerana tidak menarik.

Bulan Ramadan bulan pembersihan dan penguatan jiwa. Jangan biarkan ia berlalu sia-sia!

#StayAtHome

#KitaJagaSemua

#SejutaBarakahRamadan

__
Donate to Sejuta Barakah Ramadan

#StayAtHome – Lakukan Sedekah Dengan Lebih Selamat & Cekap Secara Atas Talian

Join Broadcast List HALUAN
http://broadcasthaluan.wasap.my