fbpx

Perasmian Penutup JDK Zon Selatan

Perasmian Penutup JDK Zon Selatan

Perasmian Penutup JDK Zon Selatan

ULU TIRAM , 13 Januari – Majlis Perasmian Penutupan Kursus Jatidiri & Kesukarelawanan Remaja Zon Selatan telah melabuh tirainya dengan berlangsung perasmian yang telah disempurnakan oleh Tn Hj Ashari b Tibek, Pengarah Yayasan Dakwah Islamiyah (YADIM) Zon Selatan di Savannah Hill, Ulu Tiram, Johor.


Kursus yang berlangsung selama 22 hari ini meliputi 8 modul teras menekankan kepada aspek pembinaan jatidiri dan syakhsiah pelajar di dalam rangka menyediakan generasi pemimpin pelapis masa depan.

Majlis dimulakan dengan Ucapan Penghulu peserta Kursus, Sdr Ahmad Thaqif b Kamdani dan disusuli ucapan alu-aluan oleh Yang Dipertua HALUAN Johor, Prof Dr Abd Hakim b Mohammad. Di dalam ucapannya beliau meninggalkan beberapa pesanan agar para peserta dapat terus komited iltizam dengan segala usaha yang telah dilakukan sepanjang berada di Savannah Hill selama 22 hari. Majlis kemudian diteruskan dengan ucapan dan perasmian oleh Pengarah YADIM Zon Selatan , Tn Hj Ashari b Tibek.

Dalam ucapan perasmiannya, Tn Hj Ashari b Tibek menyokong penuh usaha yang dilaksanakan oleh HALUAN Johor dalam usaha mengumpulkan anak-anak muda dan melatih mereka dari aspek keperluan duniawi dan akhirat. YADIM akan sentiasa menyokong segala usaha baik kearah mempertingkatkan martabat dan maruah umat Islam di Malaysia.

Beliau kemudiannya turut menyampaikan hadiah dan cenderahati kepada Kem Komandan, para peserta lelaki dan perempuan serta anugerah peserta lelaki dan perempuan terbaik. Peserta terbaik Zon Selatan disandang oleh Sdr Mohd Afif Asyraf b Mohd Nor dan peserta perempuan terbaik disandang oleh Sdr Nurul Syahadah bt Mohd Reza.