fbpx

Peranan HALUAN Pahang Dihargai Kerajaan Negeri

Peranan HALUAN Pahang Dihargai Kerajaan Negeri

Peranan HALUAN Pahang Dihargai Kerajaan Negeri

KUANTAN, 23 Nov 2020 – HALUAN Pahang telah dijemput menyertai Program Pemantapan dan Pengiktirafan NGO Kebajikan Berprestasi Tinggi Negeri Pahang Darul Makmur yang diadakan pada pada 21 dan 22 November 2020 di Bukit Tinggi.

Objektif program adalah untuk memberi penghargaan dan pengiktirafan kepada sukarelawan barisan hadapan daripada NGO yang bergabung di bawah Sekretariat Bencana Negeri Pahang dengan kerjasama Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Pahang dalam menyalurkan misi bantuan sepanjang PKP COVID-19.

Program dimulakan dengan Slot Open Mic pada petang 21 November yang disampaikan oleh PU Mizi. Beliau menerangkan tentang perkara taghrib dan tarhib yang menjadi sebab kita perlu membuat kebajikan. Pada sebelah malamnya, telah dilangsungkan acara kemuncak iaitu Majlis Perasmian dan Penghargaan NGO yang dihadiri oleh Menteri Besar Pahang, Datuk Sri Haji Wan Rosdy Wan Ismail.

Beliau menekankan pentingnya sesebuah NGO untuk menjalinkan “engagement” dengan masyarakat serta berperanan untuk mendidik masyarakat, bukan hanya sekadar menyampaikan sumbangan dalam bentuk barangan dan wang ringgit semata-mata.

Agenda program bersambung pada hari berikutnya dengan Sesi Perkongsian Pengalaman Dalam Kerja-Kerja Kesukarelawan yang disampaikan oleh Pengerusi Jawatankuasa Perpaduan, Kebajikan Masyarakat, Pembangunan Wanita dan Keluarga Negeri Pahang, Datuk Sri Shahaniza Shamsuddin.

Program seterusnya diikuti dengan aktiviti teambuilding untuk menerapkan kerjasama dan persefahaman di kalangan semua wakil 24 NGO yang terlibat. Kesimpulannnya, HALUAN Pahang telah berperanan memberi sumbangan dalam kolaborasi gabungan di bawah Sekretariat Bencana Negeri Pahang serta berusaha menunjukkan sikap dan contoh yang baik kepada rakan-rakan NGO yang lain.


Laporan oleh Fadli Azamuddin, mediaHALUAN Pahang