fbpx

Peperangan demi peperangan: Dunia Islam menjadi sasaran pemusnahan

Peperangan demi peperangan: Dunia Islam menjadi sasaran pemusnahan

Peperangan demi peperangan: Dunia Islam menjadi sasaran pemusnahan

Realiti dunia pada hari ini telah membuktikan bahawa benarlah apa yang diperkatakan oleh Baginda tidak akan berlaku Hari Qiamat sehinggalah harta melimpah ruah, timbul fitnah ujian kepada keimanan dan berlaku peperangan demi peperangan yang berpanjangan.

عَن اَبِي هُرَيْرَةَ رَضِىَ اللهُ عَنْهُ أَنَّ رَسُولَ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ: لاَ تَقُوْمُ الْْفِتَنُ وَيَكْثُزُ الْهَرْجُ قَالُوْا وَماَ الْهَرْجُ ياَ رَسُولُ اللهِ : قَالَ اَلْقَتْلُ اَلْقَتْلُ اَلْقَتْلُ ثَلاَثاً.(رواه ابن ماجه(

Daripada Abu Hurairah Radhiyallahu ‘anhu bahawasanya Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wasallam bersabda “Hari qiamat tidak akan terjadi sehinga melimpah ruah harta benda dan timbul fitnah ujian kepada keimanan dan banyak berlaku “al-harj”. Sahabat bertanya : “al-Harj itu Ya Rasulullah ? Nabi Sallallahu ‘alaihi wasallam menjawab, “Peperangan demi perangan demi peperangan.”
( Hadith riwayat Ibn Majah )

Tanggal 26 Disember 2008, dunia menjadi saksi dan tidak dapat melupakan detik sejarah hitam kekejaman Israel laknatullah menceroboh dan memusnahkan bumi suci umat Islam di Palestin. Bumi yang barakah tempat berlakunya peristiwa Isra dan Mikraj Nabi Muhammad Sallallahu ‘alaihi wasallam telah dihancurkan dengan muntahan peluru yang tidak kenal erti kasih sayang membunuh kanak-kanak yang tidak berdosa, orang tua dibunuh, wanita pula dirogol, diseksa dan rumah kediaman dibom serta dirobohkan.

Hati kecil mana yang tidak luluh dan sedih melihat apa yang telah menimpa saudara Islam kita yang berada di Palestin. Mudah-mudahan Allah SWT membalas setiap kesabaran dan kecekalan mereka mempertahankan bumi anbiya itu dengan ganjaran pahala mati syahid sebagai tiket untuk memasuki ke syurga. Alangkah beruntung mereka sudah mendapat tempat jaminan untuk menikmati kehidupan yang sebenar di syurga.Kita bagaimana agaknya? Adakah kita jua merasa rindu untuk menikmati kehidupan di syurga yang kekal abadi?.Syurga adalah tempat rehat yang sebenarnya bagi orang yang beriman.

Realiti dunia pada hari ini telah membuktikan bahawa benarlah apa yang diperkatakan oleh Baginda tidak akan berlaku Hari Qiamat sehinggalah harta melimpah ruah, timbul fitnah ujian kepada keimanan dan berlaku peperangan demi peperangan yang berpanjangan. Cuba kita celikkan mata hati kita, kenapakah peperangan musuh dengan umat Islam tidak akan berkesudahan. Peperangan demi peperangan akan terus berlaku. Peperangan zaman mutakhir ini berlaku di negara-negara umat Islam seperti di Bosnia, Afganistan, Pakistan, Iraq, Somalia, Thailand dan di bumi suci Palestin.

Tidak cukup dengan kesedihan melihat bumi Palestin digayang dan dihancurkan hari demi hari selama 22 hari untuk menghalalkan kezaliman Israel sehinggalah termeterainya genjatan senjata antara pejuang Palestin dan Israel. Apa yang paling menyedihkan lagi ialah melihat sikap dan gelagat jiran-jiran Palestin seperti Mesir yang sanggup bekerjasama dengan Israel laknatullah sehingga negara Liga Arab lain mengutuk sekeras-kerasnya sikap pemimpin Mesir. Negara Arab yang lain tidak kurang juga bersikap hanya mampu menutup sebelah mata, senyap seribu bahasa tanpa dapat membantu saudara kita di Palestin yang berhempas pulas mempertahankan kesucian bumi Palestin.

Kenapa umat Islam di seluruh dunia tidak boleh bersatu dan bekerjasma untuk membantu saudara seaqidahnya di Palestin, sedangkan jumlah mereka sangat ramai. Jawapannya kerana seperti mana yang telah digambarkan oleh Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wasallam Pada akhir zaman nanti, umatku sangat ramai tetapi mereka semua ibarat seperti buih di lautan kerana Allah SWT mencabut perasaan gerun musuh kepada umat Islam disebabkan mereka mencintai sifat al-Wahn ( penyakit cintakan dunia, dan takutkan mati ). Inilah sebab utama dunia Islam sering menjadi sasaran peperangan yang berterusan. Kita masih menunggu doktor pakar yang mampu mengubat penyakit al-wahn yang telah lama bersarang dalam jiwa dan menguasai diri umat Islam sehingga kini.

Bagi kita yang mengaku beriman kepada Allah SWT dan kasih dan sayang kepada junjungan besar Nabi Muhammad Sallallahu ‘alaihi wasallam , marilah sama-sama kita bersatupadu dan saling berkerjama mengembeling tenaga membantu sebaik mungkin mendoakan kesejahteraan saudara-saudara kita yang berada di Palestin, membantu memberikan apa sahaja bentuk sumbangan wang, tenaga dan masa memberikan kesedaran kepada masyarakat Malaysia untuk sama-sama merasai keprihatinan kita kepada umat Islam di Palestin. Tidak sempurna iman seseorang sehinggalah dia mengasihi saudaranya seperti mana dia mengasihi dirinya sendiri.

Di samping itu, dalam usaha membantu saudara kita di Palestin, saya ingin mengajar kita semua untuk memboikot semua produk keluaran Amerika Syarikat yang menjadi sekutu kuat Isreal laknatullah. Ingatlah, bahawa setiap wang yang kita laburkan untuk membeli produk barang keluaran mereka ibarat kita menyumbang untuk membeli sebutir bom yang telah menghancurkan bumi Palestin. Bagi dermawan yang bermurah hati ingin mengetahui bagaiamana untuk menyalurkan bantuan kepada saudara kita di Palestin dan untuk memboikot produk barang keluaran mereka sila layari laman web http://haluanpalestin.haluan.org.my.

Sedar atau tidak, hakikatnya apabila kita melihat dari hari ke hari, minggu ke minggu dan bulan ke bulan, isu mempertahankkan kesucian bumi Palestin serta memperjuangkan nasib rakyatnya semakin hari semakin digelapkan dengan isu lain supaya perancangan musuh laknatullah untuk menghalalkan peperangan ke atas bumi Palestin mendapat restu dunia. Tidak ada pihak yang berani mengambil tindakan untuk menghadap mereka ke muka pengadilan Mahkamah Antarabangsa sedangkan terang lagi bersuluh mereka telah menceroboh hak asasi kemanusiaan sejagat. Kalau umat Islam yang melakukan demikian sudah tentu akan dikatakan pengganas?. Sebenarnya Israel laknatullah adalah pengganas bukannya umat Islam. Islam agama yang membawa rahmat kepada semua. Rahmatan lil ‘alamin.

Tulisan Oleh:
Ustaz Mohd Khusyairie Marzuki
Pegawai Penasihat Agama UiTM Sarawak