fbpx

Penglibatan Mossad Terus Di Bongkar Dalam Pembunuhan Mabhuh di Dubai

Penglibatan Mossad Terus Di Bongkar Dalam Pembunuhan Mabhuh di Dubai

Sebuah majalah Jerman, Der Spiegel menyatakan bahawa unit “kidon” Mossad yang bertanggungjawab terhadap misi pembunuhan dan penculikan, mungkin berada di sebalik pembunuhan komandan senior Brigade Al-Qassam, Mahmud Al-Mabhuh di Dubai. Menurut Der Spiegel, Mossad menggunakan “Kidon” selama operasi jahat tersebut berjalan dengan menggunakan pasport Jerman yang dikeluarkan pada tahun 2009 di Kota Cologne yang dimiliki oleh seorang Israel bernama Michael Bodenheimer.

Spiegel menambahkan lagi bahawa Bodenheimer menggunakan pasport tersebut pada awal musim panas tahun lalu untuk dokumen perjalanan Jerman dengan pihak imigresen di Cologne dan beliau diberi pasport tersebut setelah beliau mengajukan dokumen peribadi yang membuktikan bahawa dirinya memang berasal dari Jerman. Dalam konteks yang sama, Gordon Thomas, seorang pakar dalam bidang risikan Israel, mengatakan bahawa ada bukti yang menyatakan bahawa unit “kidon” lah yang membunuh Mabhuh, di mana nama Mabhuh termasuk dalam daftar orang teratas yang harus dilenyapkan oleh Mossad. Thomas menyatakan bahawa “kidon” adalah termasuk dalam unit pasukan Mossad yang paling terlatih, yang sering menggunakan cara-cara penyamaran dalam aksinya, serta mereka dapat bekerja keras di bawah tekanan fizikal dan psikologi, anggota unit ini benar-benar terasing dari agen-agen Mossad yang lain. Thomas juga berpendapat bahawa hasil dari operasi mereka di Dubai telah berjaya di bongkar oleh pihak keselamatan Dubai, di mana sepertiga dari anggota unit ini telah berjaya di kenalpasti. Hal ini merupakan pukulan berat bagi Mossad. Menurut Ketua Polis Dubai, Dahi Tamim Khalfan, mengatakan kepada akhbar Bayan UEA, bukti yang diperoleh pihak polis menunjukan adanya panggilan telefon yang terjadi di antara para pembunuh Mabhuh dan telah terbukti bahawa mereka juga menggunakan simkad pra bayaran untuk membeli tiket perjalanan dengan menggunakan nama-nama pasport yang sama . Akhbar Israel, Haaretz, mengecam aksi para anggota Mossad tersebut dengan menyebut mereka sebagai agen amatur yang hidup di masa lalu dan menggunakan teknik-teknik kuno, dan menyatakan lagi bahawa era operasi perisikan Israel telah berakhir ketika mereka gagal dalam operasi ini, kerana operasi mereka berjaya dibongkar. (fq/pic/era)