fbpx

Pengisian Cuti Sekolah Dioptimumkan Dengan Tuisyen HALUAN

Pengisian Cuti Sekolah Dioptimumkan Dengan Tuisyen HALUAN

Pengisian Cuti Sekolah Dioptimumkan Dengan Tuisyen HALUAN

KUALA KANGSAR, 4 Dis 2015 — Berselari dengan Tuisyen HALUAN Ipoh, HALUAN Unit Kuala Kangsar juga telah menganjurkan Tuisyen HALUAN selama tiga hari bermula 1 hingga 3 Disember yang lepas di Pejabat Astana Pintar, Bangunan Tabung Haji Lama, Kuala Kangsar. Program anjuran Biro HALUANITA Cawangan Perak ini berjaya membimbing tujuh orang pelajar yang terdiri daripada tiga orang pelajar Tingkatan 4 yang bakal menghadapi peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pada tahun 2016 dan empat orang pelajar Tingkatan 3 yang akan menduduki peperiksaan SPM 2017.

Tuisyen HALUAN di daerah Kuala Kangsar bertujuan untuk membantu anak-anak ahli HALUAN dan remaja dari mana-mana sekolah menengah sama ada kawasan sekitar atau asrama penuh dari segi akademik sebagai persediaan untuk SPM. Gabungan murid tingkatan tiga 2015 dan tingkatan empat 2015 bertujuan seperti berikut iaitu bagi murid tingkatan 3 sebagai persediaan awal sebelum menduduki tingkatan 4 bagi tahun 2016. Sementara itu bagi murid tingkatan 4 bertujuan untuk mengulangkaji dan persediaan SPM 2016.

Di samping itu, pelajar-pelajar dari pelbagai sekolah ini dapat dikumpulkan semasa cuti bagi mewujudkan dan mengeratkan ikatan ukhuwah di antara mereka bukan sahaja semasa program tuisyen berlangsung tetapi dirancang akan berterusan secara berperingkat bagi tujuan yang lebih mulia dan syumul. Tenaga pengajar seramai dua orang terdiri daripada guru-guru HALUAN yang mengajar mata pelajaran Matematik, Bahasa Melayu dan Sejarah.

Kelas Tuisyen ini bermula seawal jam 8.00 pagi hingga 10.00 pagi untuk sesi pertama dan sesi kedua disambung selepas rehat iaitu pada jam 10.30 pagi hingga jam 12.30 tengahari. Pengajaran dan pembelajaran yang dilaksanakan menjadi menarik dengan alat bantuan ICT dan bahan latihan yang komprehensif yang menepati piawaian peperiksaan SPM disediakan. Tambahan pula satu slot strategi belajar berkesan telah disampaikan kepada murid-murid pada slot satu pada hari pertama sebagai penyuntik semangat untuk mencapai kecemerlangan dalam akademik yang secara langsung ada kaitannya dengan pembinaan jati diri di dalam diri murid.

Berdasarkan pemerhatian dan maklum balas, pelajar-pelajar yang menyertai tuisyen ini sangat berpuas hati, memberi fokus dan memahami topik yang diajar. Bilangan yang sedikit dimanfaatkan sebaik mungkin oleh guru dan murid dalam bentuk “personal coaching”. Penglibatan pelajar semasa pengajaran dan pembelajaran amat memberansangkan. Ibu bapa pula mencadangkan supaya tempoh tuisyen dilanjutkan bagi membolehkan anak-anak mereka memanfaatkan masa cuti secara optimum.


Laporan oleh Rafidah Yeop Mohamad Rose, Ajk Biro HALUANITA