fbpx

Pengiktirafan Negara Palestin Berdaulat, Apa Reaksi Eropah?

Pengiktirafan Negara Palestin Berdaulat, Apa Reaksi Eropah?

Akhirnya, September telah tiba dan masyarakat serta institusi antarabangsa akan diuji apabila mereka mengundi atau menolak sebuah kerajaan Palestin dalam mesyuarat Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada akhir bulan ini. Menurut pihak berkuasa Palestin, manakala lebih daripada 122 buah negara di seluruh dunia telah mengisytiharkan niat mereka yang positif dan sokongan kepada Palestin sebagai ‘negeri nombor 194,’ keputusan negara-negara Eropah masih penting. Hal ini bukan sahaja kerana negara-negara Eropah adalah ahli-ahli Majlis Keselamatan, tetapi juga kerana keputusan kolektif atau negara-negara individu akan menunjukkan sekali lagi sejauh mana politik boleh menghancurkan nilai-nilai moral dan etika. Pada bulan Mei 2010, negara-negara Eropah yang menyertai Pertubuhan untuk Kerjasama dan Pembangunan Ekonomi telah gagal dalam ‘ujian’ [yang seumpama perkara di atas] di mata rakyat Palestin dengan menerima negara Israel sebagai ahli dalam pertubuhan mereka. Adakah Eropah akan mengimbangi ‘kegagalan’ mereka itu kali ini? Adakah Eropah akan mengundi ‘ya’ untuk sebuah negara Palestin di atas sempadan 1967 dengan Baitulmuqaddis Timur sebagai ibu negerinya dan mencapai satu langkah di hadapan dalam penyelesaian dua-negara bersama; membawa hasil yang konkrit untuk sejumlah besar bantuan yang telah mereka hantar kepada rakyat Palestin? Atau negara-negara Eropah akan terus mengekalkan konflik Palestin-Israel dan pendudukan Israel dengan berdiam diri dalam saat penting seperti ini? Beberapa belon ujian telah dihantar untuk memeriksa tindak balas terhadap Palestin dalam sejumlah formulasi Eropah yang berbeza. Antaranya ialah yang telah disiarkan baru-baru ini oleh Presiden Perancis Nicolas Sarkozy, yang menggesa pihak berkuasa Palestin untuk menerima status yang sama seperti Vatican. Cadangan seperti ini menunjukkan kesukaan EU untuk hanya belegar-legar di sekitar konflik dan tidak menangani akarnya. Cadangan Sarkozy itu akan terus mengekalkan status quo dan tidak akan pernah membawa keamanan kepada rantau ini atau pembebasan buat mereka yang telah teraniaya. Sebagai seorang belia Palestin yang sedang belajar di Eropah; yang mendapat faedah daripada nilai-nilai umum Eropah terhadap menghormati manusia lain dan kebebasan mereka, saya berharap agar bahawa Eropah akan tetap menegakkan nilai-nilai mereka ini. Jadi Britain, adakah anda akan mengingati peranan anda semasa awal waktu konflik [Palestin-Israel] dan turut mengingati sokongan popular yang besar di UK untuk rakyat Palestin? Bagaimana pula dengan anda Perancis, adakah anda akan menjaga reputasi anda sebagai ‘Tanah Kebebasan’ jika anda menafikan hak rakyat Palestin untuk bebas? Ciao Itali, bolehkah anda melupakan warganegara anda seperti Vittorio Arrigoni dan lain-lain yang telah mengorbankan nyawa mereka untuk menyokong rakyat Palestin? Guten Tag Jerman, kita memahami bahawa apa sahaja yang anda lakukan tidak akan pernah cukup untuk Israel; tetapi, sebagai sebuah kuasa yang hebat bagaimana anda boleh menerima hakikat bahawa setiap hari ‘Holocaust’ dilakukan oleh Israel terhadap rakyat Palestin? Bilakah anda akan melihat bahawa sudah tiba masanya untuk keadilan bertambah di dunia ini dan rasa bersalah pula berkurangan? Grüezi Switzerland, Palestin dan Israel melihat anda sebagai sebuah syurga di bumi ini. Adakah anda akan mengambil masa yang lama untuk mengubah Tebing Barat dari gambar keju Swiss yang penuh dengan lubang-lubang Israel ke arah syurga keamanan kecil yang lain? Belgium, adakah anda masih ingat bahawa anda telah mengisytiharkan Palestin sudah bersedia untuk menjadi sebuah negara – hanya beberapa bulan yang lalu, sebagaimana kami yang sedang menunggu untuk meraikan sebuah detik gembira dengan coklat lazat dari negara anda? Hola Sepanyol, kami sedang bergantung kepada anda untuk menolak keengganan EU sekarang ke arah menyokong sebuah negara Palestin – kami berharap agar kami boleh bergantung kepada kawan-kawan rapat kami. Negara-negara Scandinavia, anda begitu bermurah hati dalam bantuan kewangan anda kepada rakyat Palestin – adakah anda akan bermurah hati dengan sokongan politik anda kali ini? Poland, kami menunggu berita baik yang akan datang dari negara anda. September akan menjadi saat penentu kebenaran untuk orang-orang Eropah; jumlah undian akan melebarkan jurang antara wacana dan nilai-nilai Eropah. Kami berharap untuk ‘ya’, tetapi kita takut kepada ‘tidak’. Tetapi harapan kami yang lebih besar ialah untuk melihat Eropah mula mengaplikasi nilai-nilai mereka sendiri dalam urusan mereka dengan Palestin dan Israel. (man)