fbpx

Penduduk Pangsapuri Rebana Terima Pek Barang Dapur

Penduduk Pangsapuri Rebana Terima Pek Barang Dapur

Penduduk Pangsapuri Rebana Terima Pek Barang Dapur

KLANG, 27 Apr 2020 – Pek makanan barang keperluan harian yang setiap satu bernilai RM50 telah diserahkan HALUAN cawangan Selangor kepada lebih 20 keluarga yang terjejas akibat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di Blok E, Pangsapuri Rebana, Bukit Raja di sini.

Pemberian tanpa mengira bangsa atau agama ini besar ertinya bagi mereka yang memerlukan. Ada di antara mereka yang terputus bekalan akibat Perintah Kawalan Pergerakan menyebabkan ramai di antara mereka tidak dapat bekerja mencari nafkah.

Sumbangan dilaksanakan oleh dua wakil HALUAN aktivis HALUAN zon Kelang, Encik Mohd Nasaruddin Abd Manaf dan Encik Muhammad Mus’ab Sa’ari.

Aktiviti serahan ringkas itu diterima oleh ketua penduduk, Encik K. Nareen dan wakil, Encik Mohd Saidi Dollah, Blok E, Pangsapuri Rebana sambil di kawal selia oleh Encik Abd. Rauf Mohali, dari pasukan Rela yang ditugaskan oleh pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

Pada 22 April yang lalu Presiden HALUAN telah melancarkan Program Sejuta Barakah Ramadan bertujuan membantu golongan yang terjejas akibat COVID-19 yang melanda Malaysia dan dunia.

Rakyat Malaysia yang prihatin dipelawa untuk menyumbang kepada mereka yang memerlukan ini seperti akaun di bawah :

Pek Makanan Negaraku

Thank you to all our donors, we have met our fundraising goal.

Tabung Kebajikan Dan Kemanusiaan HALUAN
Maybank Islamic Berhad
562263502611

Pertubuhan Himpunan Lepasan Institusi-Institusi Pengajian Tinggi Malaysia
Bank Islam Malaysia Berhad
14023010025718

Whatsapp <#KEMPEN> & slip transaksi ke 60103005141 ATAU Email unit.kewangan@haluan.org.my

Yayasan MATRI
Maybank Islamic Berhad
559012000384

Yayasan MATRI
Bank Islam Malaysia Berhad
09010010057045

Whatsapp <#KEMPEN> & slip transaksi ke 601156753492 ATAU Email unit.kewangan@haluan.org.my

Terima kasih kepada semua rakyat Malaysia yang tidak henti-henti memberi sumbangan kepada mereka yang memerlukan.


Laporan Muhammad Mus’ab Sa’ari, Setiausaha Kerja HALUAN