fbpx

Penduduk B40 dan Asnaf Jalan Kebun Dapat Pek Makanan 

Penduduk B40 dan Asnaf Jalan Kebun Dapat Pek Makanan 

Penduduk B40 dan Asnaf Jalan Kebun Dapat Pek Makanan 

SHAH ALAM, 24 April 2022 – HALUAN dengan kerjasama Kariah Surau Ar Rahman, Lorong Haji Said, Jalan Kebun di sini telah menyumbang 50 pek makanan kepada penduduk B40 dan asnaf kariah berkenaan.

Bakul Makanan ini adalah sumbangan daripada Koperasi Pembangunan Penduduk Jalan Kebun Berhad yang prihatin terhadap nasib golongan ini. Penyerahan telah dibuat oleh Bendahari HALUAN cawangan Selangor, Encik Ilyasak Ahmad. Majlis penyampaian sumbangan ini telah diadakan di surau berkenaan.

HALUAN Selangor mengucapkan terima kasih kepada Jawatankuasa Surau Ar Rahman dan penderma serta sukarelawan HALUAN yang terlibat menjayakan program ini.


Laporan Kamarudin Ahmad, Ketua Biro Kebajikan HALUAN Selangor