fbpx

Pemenang Pertandingan “Kami Sayang Al-Aqsa”

Pemenang Pertandingan “Kami Sayang Al-Aqsa”

Pemenang Pertandingan “Kami Sayang Al-Aqsa”

PULAU PINANG, 30 Sept 2020 – Hampir 80 peserta yang menyertai pertandingan maya “Kami Sayang Al-Aqsa” di sini telah mengetahui siapa pemenang yang terpilih dalam satu upacara pemberian hadiah.

“Kami Sayang Al-Aqsa” adalah pertandingan yang dianjurkan oleh HALUAN dan dilakukan secara maya bertujuan memupuk kesedaran dan kecintaan khususnya kepada Al-Aqsa. Selain itu, pertandingan itu juga ingin meningkat soft skills para kanak-kanak seperti berani bercakap di hadapan dan daya kritis dan kreatif dalam penulisan.

Program tersebut dibahagikan kepada tiga kategori mengikut umur. Kategori pertama ialah kanak-kanak berumur dari empat sehingga enam tahun dan pertandingan dianjurkan untuk mereka ialah “Busana Palestin berserta Slogan”. Kategori kedua fokus kepada kanak-kanak berumur tujuh sehingga sembilan tahun dan pertandingan “Bercerita Sirah Al-Aqsa dan Palestin” oleh mereka. Cara penceritaan yang menarik dan fakta yang tepat diambil kira dalam pemarkahan. Manakala kanak-kanak berumur 10 sehingga 12 tahun mengambil bahagian dalam pertandingan “Deklamasi Sajak Al-Aqsa”. Pelbagai sajak yang menggamit emosi dan menarik telah dideklamasikan oleh para peserta.

Untuk menarik minat para peserta untuk menyertai program itu, pelbagai hadiah menarik ditawarkan seperti wang tunai dan juga baju Al-Aqsa. Penganjur juga menyediakan hadiah cabutan bertuah seperti scooter, roller blade dan basikal.

“HALUAN ingin mengucapkan tahniah kepada adik-adik yang telah memenangi pertandingan ini. Kami juga ucapkan terima kasih kepada para penaja yang membantu menjayakan pertandingan ini. Tidak lupa juga kepada ibu bapa dan para peserta yang turut serta. Harapan kami adalah untuk meningkatkan lagi kesedaran yang mendalam kepada anak-anak yang dapat berjuang untuk membebaskan bumi Al-Aqsa. Dengan menanam kesedaran seawal usia empat tahun, kami berharap generasi akan datang akan dapat merubah nasib saudara-saudara kita khususnya di Palestin dan akhirnya pembebasan Al-Aqsa daripada cengkaman zionis,” berkata

“HALUAN ingin mengucapkan tahniah kepada adik-adik yang telah memenangi pertandingan ini. Kami juga ucapkan terima kasih kepada para penaja yang membantu menjayakan pertandingan ini. Tidak lupa juga kepada ibu bapa dan para peserta yang turut serta. Harapan kami adalah untuk meningkatkan lagi kesedaran yang mendalam kepada anak-anak yang dapat berjuang untuk membebaskan bumi Al-Aqsa. Dengan menanam kesedaran seawal usia empat tahun, kami berharap generasi akan datang akan dapat merubah nasib saudara-saudara kita khususnya di Palestin dan akhirnya pembebasan Al-Aqsa daripada cengkaman zionis,” berkata Abdul Ariff bin Abdul Jamil, Pengarah Pertandingan “Kami Sayang Al-Aqsa”.


Laporan Farhan Lokman, Setiausaha Pertandingan “Kami Sayang Al-Aqsa”

Berikut adalah video-video pemenang.

KATEGORI A

Tempat Pertama: Darlene Ixandra Fazika

Tempat Kedua: Daendra Iris Fazika

Tempat Ketiga: Rayha Malaeka

KATEGORI B

Tempat Pertama: Aimi Marissa

Tempat Kedua: Husna Kamilah

Tempat Ketiga: Alia Hunainah

KATEGORI C

Tempat Pertama: Nurqaseh Darwisyah

Tempat Kedua: Rabiatul Adawiyah

Tempat Ketiga: Danisha Zulaikha