fbpx

Pemasangan Tube Well

Pemasangan Tube Well

Pemasangan Tube Well

KEMBOJA, 18 Julai 2012 – Kesusahan penduduk kampung mendapatkan air adalah amat terhad sekali kerana mereka tidak mempunyai sistem bekalan air bersih sejak zaman pemerintahan komunis lagi.

Mantan YDP HALUAN Perak, Razali Mohd Jamil berkata, kebanyakkan perkampungan di Kemboja masih kekurangan lagi bekalan sumber air yang bersih dan mereka masih menggunakan sumber air perigi yang digali sendiri.

Menurutnya, HALUAN hanya menyumbangkan dana untuk mempermudahkan membuat tube well atau dikenali sebagi telaga dan mereka mencari sendiri bahan dan pekerja untuk menggali telaga tersebut.

‘Dengan adanya sumbangan yang diberikan oleh pihak HALUAN dapat mengurangkan kesusahan penduduk kampung untuk mendapatkan bekalan air dari bawah tanah dengan mudah’, katanya kepada wartawan.

‘Saya berharap dengan adanya tube well ini dapat mempermudahkan penduduk setempat mendapatkan sumber air untuk menjalankan ibadah dan aktiviti seharian mereka’, katanya lagi.

Selain itu, sebanyak empat tube well yang telah berjaya dipasangkan pada beberapa kampung antaranya ialah Kampung Poti En sebanyak dua unit, Raka Pram lama satu unit, dan Raka Pram baru satu unit.

Berita oleh: Suhaib Shapiee
Gambar oleh: Suhaib Shapiee