fbpx

Peluang Menyumbang Buat Para Dermawan Sekalian

Peluang Menyumbang Buat Para Dermawan Sekalian

Peluang Menyumbang Buat Para Dermawan Sekalian

BANDAR BARU BANGI, 13 MEI 2019 – Kehadiran Bulan Ramadan Al Mubarak amat dinanti-nanti oleh para pencinta kebaikan. Keberkatan dan keistimewaannya sungguh banyak.

Ganjaran amal soleh dilipat gandakan oleh Allah SWT berganda-ganda tanpa had. Antara amalan yang begitu menonjol dalam sirah Nabi Muhammad SAW sepanjang Ramadan adalah sikap dermawan Nabi SAW.

Daripada Ibnu Abbas, katanya :

“Rasulullah SAW adalah seorang yang paling pemurah. Baginda lebih pemurah lagi pada bulan Ramadan ketika Jibril menemuinya. Dan Jibril menemuinya pada setiap bulan Ramadan untuk bertadarus Al Quran dengan Rasulullah SAW. Baginda pada ketika itu lebih pemurah dalam memberi kebaikan berbanding dengan angin yang dilepaskan.”

(Hadis riwayat Muslim No : 2308)

Pemurahnya dengan memberi makanan minuman, sedekah kepada insan yang memerlukan dan menghulurkan pelbagai bentuk pertolongan tanpa henti.

Semangat memberi ini amat sinonim dengan sifat seorang mukmin dan Rasulullah SAW mempercontohkan tauladan terbaik kepada kita semua.

Bersempena bulan yang mulia ini, HALUAN sebagai sebuah NGO kemanusiaan dan kebajikan ingin menyeru kepada semua untuk melipat gandakan amalan menyumbang dan bersedekah.

Pihak kami sentiasa membuka ruang dan peluang kepada seluruh rakyat Malaysia yang dermawan lagi  budiman untuk turut bersama-sama dalam aspek ini.

Melalui usahasama dan kolaborasi projek-projek khidmat sosial baik dalam negara dan luar negara, HALUAN menggerakan pelbagai inisiatif bantuan bagi meringankan bebanan insan yang ditimpa bencana, musibah dan dugaan hidup.

Melalui gerak kerja yang terancang dan sistem kerja kesukarelawanan yang efesian, pihak kami akan mensasarkan segala bantuan ini dengan fokus yang jelas melibatkan kesan jangka pendek dan panjang.

Justeru, besar hasrat kami agar para dermawan sekalian menyertai khidmat sokongan serta tanggungjawab sosial melalui kerja-kerja sukarelawanan ini agar lebih ramai insan dan lebih banyak negara mendapat manfaat sumbangan.

Berikut disenaraikan projek terkini HALUAN yang memerlukan dana bantuan sumbangan berbentuk kewangan melibatkan dalam negara dan luar negara:

1. Program membiaya sara hidup 100 anak yatim pelarian Palestin-Syria.

RM
Select Payment Method
Personal Info

Terms

Donation Total: RM250.00 One Time

2. Iftar & Pek Makanan Palestin, Syria & Yaman sepanjang bulan Ramadan

Iftar & Pek Makanan Palestin, Syria & Yaman

Thank you to all our donors, we have met our fundraising goal.

3. Program Pendidikan Alternatif Etnik Minoriti (Bajau Laut) Tercicir & Terpinggir Luar Bandar Sabah.

RM67,407 of RM350,000 raised
RM
Select Payment Method
Personal Info

Terms

Donation Total: RM50.00 One Time

4. rojek Bina Surau & Tandas. Projek khidmat masyarakat dan dakwah yang dijalankan di Kampung Orang Asli Air Banun.

Orang Asli – Projek Bina Surau & Tandas

Thank you to all our donors, we have met our fundraising goal.

5. Tajaan Anak Yatim & Miskin Asrama HALUAN Penyayang. sebuah rumah perlindungan anak-anak yatim dan miskin.

RM186,240 of RM200,000 raised
RM
Select Payment Method
Personal Info

Terms

Donation Total: RM280.00 One Time

6. Projek Pusat Pendidikan Komuniti Rohingya (RCEC). Sebuah sekolah untuk lebih kurang 40 anak-anak Rohingya di sekitar Sri Kembangan, Puchong dan Serdang.

Projek Pusat Pendidikan Komuniti Rohingya (RCEC)

Thank you to all our donors, we have met our fundraising goal.

7. Projek Pusat Pendidikan Komuniti Syria

Projek Pusat Pendidikan Komuniti Syria

Thank you to all our donors, we have met our fundraising goal.

HALUAN ingin merakamkan penghargaan yang tidak terhingga kepada seluruh individu, agensi kerajaan dan badan korporat yang sentiasa menghulurkan sumbangan dalam apa jua bentuk.

Ketahuilah bahawa sumbangan-sumbangan inilah menjadi pembakar semangat kepada kami untuk terus bekerja dan berkhidmat dengan bersungguh-sungguh bagi menyampaikan kebaikan kepada mereka yang memerlukan.

Bahkan, sumbangan ikhlas kalian mengukir sebuah senyuman yang indah bagi para penerima bantuan terutamanya kanak-kanak kecil yang dahagakan perhatian dan kasih sayang. Tataplah wajah mereka, ia adalah sumber kekuatan yang utuh untuk kami untuk terus berbakti!

Hanya Allah SWT jualah yang akan menganjari kebaikan kalian semua, wahai para dermawan dan budiman sekalian. Kalian adalah wira dan penyelamat kemanusiaan yang sebenar.

Terima kasih atas segalanya!

__
Artikel oleh Biro Penerangan HALUAN