fbpx

Peluang Insafi Masalah Ummah Melalui Ramadhan Bersama Huffaz Jemputan

Peluang Insafi Masalah Ummah Melalui Ramadhan Bersama Huffaz Jemputan

Peluang Insafi Masalah Ummah Melalui Ramadhan Bersama Huffaz Jemputan

SUBANG PERDANA, 17 Julai 2012 — Ramadhan sekali lagi menjelang tiba. Kini masanya masyarakat Islam di Malaysia berlumba-lumba mengerjakan amal-amal soleh dan membuat kebajikan demi meraih rahmat dan keampunan Allah.

Rasulullah SAW mengajar kita melalui sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim yang bermaksud, “barang siapa yang berpuasa Ramadhan kerana didorong oleh iman dan mengharapkan keredhaan Allah, maka diampunkan baginya dosa-dosanya yang lalu”.

Umat Islam di Malaysia dapat menyambut Ramadhan dalam keadaan aman dan serba cukup. Namun, saudara kita di Palestin, Syria, Somalia, Arakan di Myanmar dan beberapa daerah yang lain terpaksa menjalani rukun Islam ini dalam keadaan ditindas, dizalimi dan berhadapan dengan peperangan. Mereka ini memerlukan keprihatinan kita, dan sudah menjadi kewajipan bagi kita untuk menginsafi keadaan mereka.

Sepertimana tahun lalu, HALUAN Malaysia sekali lagi membawa para huffaz terpilih dari Palestin, Syria dan Somalia sepanjang Ramadhan. Program ini akan diadakan di setiap negeri, di mana masjid atau surau terpilih akan mengadakan solat terawih dengan diimamkan oleh huffaz ini. Selain dari itu, mereka juga akan mengadakan majlis-majlis ilmu dan mempelajari al-Quran di samping ceramah perkongsian pengalaman dan maklumat terkini umat Islam di tempat mereka. Semoga dengan kehadiran mereka ini masyarakat Islam di Malaysia akan dapat merasai dan menginsafi kesusahan saudara kita di tempat lain.

Untuk tujuan mengimarahkan suasana Ramadhan dan solat terawih, para huffaz ini dipilih berdasarkan kelulusan dan kemahiran mereka dalam ilmu qiraat al-Quran yang mutawattir. Sebagai contoh, salah seorang daripada mereka iaitu Dr Mahir Hasan al Munajjid mempunyai ijazah Qiraat 10 yang mutawatir dari syeikh Muhammad Toha Sukkar dan juga PhD dalam Usul Fiqh. Beliau juga merupakan ahli tetap lajnah al-Quran di Kementerian Waqaf, ahli lajnah pemerhati mashaf dan ahli lujnah ujian pengijazahan al Quran di Syria. Manakala sebahagian huffaz lain merupakan pensyarah, pengajar al-Quran dan juga pelajar universiti.

Anda boleh mendapatkan maklumat terkini berkenaan jadual mereka di laman web HALUAN. Tuan puan juga boleh menghubungi pejabat sekretariat sekiranya ingin menjemput para huffaz ini ke tempat tuan puan, samada masjid, surau, pejabat mahupun sekolah melalui talian berikut:
Pejabat Biro HALUAN Palestin – 03 78315741
Syed Hassan – 013 3536723
Shahrul – 013 3019956
Muhammad Thaqif – 019 6027567

Melalui program ini kita juga harapkan masyarakat Malaysia dapat merebut peluang menghulur sumbangan untuk projek-projek bantuan strategik berprioriti tinggi yang sedang dirancang untuk perlaksanaan di Gaza dan bantuan kemanusiaan di Syria dan Somalia.

Semoga setiap sumbangan dan doa ikhlas kita akan menjadi saham yang baik di akhirat kelak dan dilipat-gandakan ganjarannya sempena Ramadan yang mulia ini.