fbpx

Pelancaran Media Sahabat Fitrah di Kelantan

Pelancaran Media Sahabat Fitrah di Kelantan

Pelancaran Media Sahabat Fitrah di Kelantan

KOTA BHARU, 1 Nov 2020 – Biro HALUAN Fitrah (BHF) Kelantan telah membentuk sayap dakwahnya di kalangan siswa-siswi dengan majlis pelancaran Media Sahabat Fitrah dan perasmian Sahabat Fitrah.

Majlis bertempat di Dewan Besar, Kolej Teknologi Darulnaim, Pengkalan Chepa itu telah berlangsung secara maya bermula pada pagi semalam. Persiapan majlis dari awal sehingga akhir dilaksanakan oleh pelajar-pelajar siswa KTD PC, dan dipancarkan melalui FB Live.

Objektif utama majlis itu adalah bagi memperkenalkan Sahabat Fitrah (SF) sebagai satu pelantar dakwah dan melancarkan media Sahabat Fitrah. Naib YDP HALUAN Kelantan, Encik Mohd Rashid Awang telah berbesar hati merasmikan dan melancarkan media SF pada majlis tersebut yang disaksikan lebih 300 penonton.

Dalam ucapan perasmian, beliau berpesan akan kepentingan mengoptimumkan penggunaan media sosial secara lebih berkesan bagi tujuan dakwah dan menyebarkan kebaikan. Beliau turut berharap Sahabat Fitrah akan terus menjadi platform kepada anak-anak muda khususnya untuk melibatkan diri secara aktif dan penuh dedikasi dalam melaksanakan tanggungjawab dakwah.

Dalam ucapan penutup, penasihat SF yang juga merupakan pensyarah KTD PC, Encik Manzur El Hassan Abdul Aziz telah menggariskan tiga prinsip asas dakwah SF yang dikenali dengan nama ‘Dakwah Alternatif’. Tiga prinsip tersebut adalah Ikhlas, Ilmu dan Ihsan. Sahabat Fitrah berhasrat meneruskan amanah dakwah dengan mengharapkan redha Allah semata-mata, bertunjangkan asas ilmu yang benar serta mengangkat nilai akhlak yang terpuji sebagaimana dicontohkan oleh Rasulullah SAW dan sahabat-sahabat baginda.


Laporan Manzur El Hassan Abdul Aziz, Ketua BHF Kelantan