fbpx

Pek Makanan Untuk Penduduk Pangsapuri Rimau Indah

Pek Makanan Untuk Penduduk Pangsapuri Rimau Indah

Pek Makanan Untuk Penduduk Pangsapuri Rimau Indah

SHAH ALAM, 19 Apr 2022 – HALUAN telah menyumbang 30 pek makanan sempena Ramadan bagi meringankan keluarga B40 yang kurang berkemampuan sekitar pangsapuri Rimau Indah. Sumbangan ini adalah hasil daripada sumbangan daripada masyarakat keluarga Malaysia yang prihatin.

Penyerahan telah dibuat oleh NYDP4 HALUAN Selangor, Kluster Kebajikan dan Kemanusiaan, Encik Khairuddin Hamzah. Majlis yang diadakan di surau pangsapuri tersebut telah dimulai dengan tahlil dan tazkirah Ramadan oleh HALUAN Selangor.

HALUAN mengucapkan terima kasih kepada semua penderma dan Persatuan Penduduk Pangsapuri Rimau Indah yang telah menjayakan program ini.


Laporan Kamarudin Ahmad, Ketua Biro Kebajikan HALUAN Selangor