fbpx

Pasukan Misi Bantuan Kemanusiaan Syria 2 (MBKS2) akan ke sempadan Turki-Syria

Pasukan Misi Bantuan Kemanusiaan Syria 2 (MBKS2) akan ke sempadan Turki-Syria

Pasukan Misi Bantuan Kemanusiaan Syria 2 (MBKS2) akan ke sempadan Turki-Syria

KUALA LUMPUR, 7 Jun 2012 — Setelah lebih 15 bulan berlakunya kekejaman rejim Bashar terhadap rakyat di seluruh Syria, fakta sekarang menunjukkan kematian lebih dari 16,000 orang rakyat puluhan orang awam cedera dan ratusan sebagai tahanan dalam penjara diseksa. Dan lebih ramai lagi yang menjadi pelarian untuk menyelamatkan diri di sempadan Jordan, Lubnan dan Turki.

Pertubuhan Himpunan Lepasan Institusi Pendidikan Malaysia atau ringkasnya HALUAN Malaysia (PPM 969/88) yang bermotokan; Berakhlak, Mendidik dan Berbakti, melalui Biro Misi Kemanusian telah pun menghantar pasukan bantuan pertama kesempadan Jordan-Syria pada 28 hb Mac – 5 hb April yang lalu. Dengan kerjasama NGO tempatan ICCS dan IHH di Jordan, pasukan tersebut telah pun menghulurkan bantuan kebajikan dan rawatan perubatan di kawasan penempatan pelarian di Mafraq dan Ramtha.

Sebagai NGO yang prihatin kepada bencana kemanusiaan ini, HALUAN meneruskan lagi misi bantuan pelarian Syria dan kali ini ke kawasan kem-kem pelarian di sempadan Turki-Syria.

Menurut kenyataan Ketua Biro Misi Kemanusiaan HALUAN Dr Baharuddin Suri, “Pasukan Misi Bantuan Kemanusiaan Syria 2 (MBKS2) akan ke sempadan Turki-Syria, kawasan kem pelarian di Antakya. InsyaAllah, mereka akan berlepas pada hari Sabtu 9 Jun dan berada disana sehingga 17 Jun.”

Menurut beliau, pasukan ini akan diketuai oleh Dr Roniyuzam bin Abd Malek disertai oleh beliau sendiri bersama dua orang relawan yang lain. Matlamat utama untuk memberikan bantuan rawatan perubatan di kem pelarian, disamping bantuan-bantuan kebajikan serta menyampaikan bantuan pendidikan kepada sekolah darurat. Team MBKS2 akan sekali bekerjasama dgh NGO IHH dari Turki dan NGO tempatan dari rakyat Syria.

Masyarakat yang prihatin dan terpanggil untuk membantu saudara-saudara mereka yang dizalimi ini boleh menyalurkan bantuan melalui akaun khusus untuk misi kemanusiaan iaitu

Nama akaun: HALUAN
Nombor akaun: 14-023-01-002571-8
Nama bank: Bank Islam Malaysia Berhad

Semoga setiap doa dan bantuan ikhlas tuan-puan membantu orang yang memerlukan ini akan menjadi saham yang baik di akhirat kelak.