fbpx

Pasukan HALUAN-UiTM Ziarah Memorial Genosida Srebenica

Pasukan HALUAN-UiTM Ziarah Memorial Genosida Srebenica

Pasukan HALUAN-UiTM Ziarah Memorial Genosida Srebenica

POTOCARI, SREBENICA 7 Sep 2019 — Lebih 100,000 penduduk Bosnia, kebanyakkannya orang awam dan 60% daripadanya etnik Islam Bosnia telah terkorban semasa perang saudara 1992-1995. Tercatat peristiwa hitam dalam abad ini ialah Genosida Srebenica di mana tentera Serbia telah membunuh dengan kejam lebih 8,000 ribu Muslim dalam masa lima hari sahaja antara 13-18 Julai 1992.

Mayat mereka yang dibunuh di tanam di beberapa ‘mass grave’ di sekitar Srebenica dan sebilangan besar juga di humban ke dalam sungai Drina.

Pihak pengadilan antarabangsa melalui banyak laporan dan pengakuan daripada ahli keluarga yang terselamat telah mengesahkan jumlah sebenar mangsa yang dibunuh. Dan mulai awal 2000an, pencarian dan penggalian semula ‘mass graves’ dan pengenalpastian telah dibuat sebelum semua mangsa dikebumikan kembali di Memorial Park Srebenica. Sehingga kini, proses masih terus dilakukan kerana ada lebih 1,000 mangsa yang masih belum ditemui dan dipastikan.

Pasukan Kemanusiaan HALUAN dan Kolej Perindu UiTM telah diberi peluang menziarahi Memorial Park tersebut dan menghadiahkan bacaan surah Al-Fatihah sambil mendoakan agar ruh mereka yang terbunuh sentiasa dicucuri rahmat Allah.

Pada kesempatan yang sama, pasukan juga menziarahi beberapa orang mangsa perang yang terselamat. Ibu Valsalmah dan Meera Joga di antara dua orang ibu yang kini tinggal berseorangan kerana kehilangan suami dan anak-anak semasa perang Bosnia. Amat tragis bila mendengar kisah mereka, tapi hidup perlu diteruskan walaupun pahit untuk dikenangi semula, ujar ibu Meera.

Manakala bagi Encik Hasan yang kehilangan bapa dan adik kembarnya Hussin semasa proses perjalanan tujuh hari ke Tuzla untuk menyelamatkan diri beramai-ramai ketika itu, beliau kini mengabdikan kehidupannya sebagai sukarelawan di Memorial Museum Srebenica.

“Kami sebagai generasi muda dan pelajar amat terkesan mengenai peristiwa yang menimpa rakyat Bosnia suatu ketika dulu, dan masa yang sama mendapat banyak pengajaran dan perangsang daripada beberapa individu mangsa perang yang kami temui,” ujar Muhammad Hamizan dari Kolej Perindu UiTM.

__
Laporan Dr Baharudin Suri, Ketua Biro Misi Kemanusiaan HALUAN