fbpx

Parlimen Mesir : Bahan Api Dan Elektrik Untuk Gaza

Parlimen Mesir : Bahan Api Dan Elektrik Untuk Gaza

Parlimen Mesir : Bahan Api Dan Elektrik Untuk Gaza

Kaherah, 1 /3/2012 – Jawatan Kuasa Hal Ehwal Arab, Majlis Perwakilan Rakyat Mesir mencadangkan supaya dikaji semula undang-undang melintas diantara Mesir dan Gaza untuk urusan masuk bantuan kemanusiaan, bahan api dan elektrik.

Idea ini dicadangkan oleh jawatankuasa tersebut kerana pihak berkuasa Israel gagal menjalankan kewajipan kemanusiaannya dengan cara tidak memberi keperluan dan perlindungan terhadap rakyat Palestin.

Wakil jawatankuasa Hal Ehwal Arab, Majlis Perwakilan Rakyat Mesir, Jamal Hanafi berkata: “Sesungguhnya Mesir mesti sentiasa menjalankan peranan kemanusiaan di dalam mengutamakan bantuan kemanusiaan melalui sempadan Rafah ke Gaza”.

Selain itu, Timbalan Menteri luar Mesir, Baha Dasuki mengatakan bahawa Jalur Gaza merupakan pusat keamanan bagi Mesir, namun negeri ini masih diperlakukan sebagai wilayah jajahan. Katanya lagi: “Mesir harusnya mendesak masyarakat antarabangsa untuk menjalankan tanggungjawab mereka bagi menamatkan pengepungan Israel ke atas Gaza supaya bantuan kemanusiaan boleh sampai kepada warga Palestin”.

Pada masa yang sama, Timbalan Menteri Luar Mesir mengungkapkan penderitaan melampau yang di alami warga Gaza yang dikepung, seperti masalah ekonomi, sosial dan kesihatan. Kekurangan ubat-ubatan, ketiadaan bahan api dan tenaga elektrik mengakibatkan sejumlah hospital terpaksa berhenti beroperasi. Begitu juga dari sudut pendidikan yang semakin merosot kerana kekurangan bahan binaan untuk membina semula sekolah yang musnah selepas dirobohkan dalam serangan zionis Israel ke atas Gaza baru-baru ini.

sumber : palinfo.com