fbpx

Para Rabi Yahudi Cemas, Semakin Ramai Remaja Yahudi Memeluk Islam

Para Rabi Yahudi Cemas, Semakin Ramai Remaja Yahudi Memeluk Islam

Laman sesawang Al-Hayat menulis, para rabi Yahudi semakin khuatir dengan fenomena para remaja puteri Yahudi yang berpindah memeluk agama Islam. Sebagaimana dilaporkan IRNA, Al-Hayat menambahkan, seorang rabi Yahudi berusaha menyembunyikan kebimbangan ini dan mendakwa bahawa para remaja puteri  Yahudi yang telah memeluk agama lain tetap menjadi orang Yahudi. Berdasarkan data yang diberikan, antara tahun 2005 hingga 2007, Jabatan Kehakiman Zionis Israel mencatat terdapat 249 kes permintaan mengubah agama dan 83 kes melibatkan perpindahan agama kepada Islam. Namun tahun lalu jumlah permintaan untuk menukar agama kepada Islam bertambah menjadi 112 kes yang menunjukkan kenaikan 35 peratus kecenderungan untuk memeluk Islam di kalangan remaja puteri Yahudi. Berdasarkan laporan ini, antara faktor mengapa mereka berpaling dari agama Yahudi adalah kerana mereka mendapati semakin bertambahnya kes pembunuhan, aksi kekerasan dan rompakan di kalangan orang-orang zionis sendiri. Wanita Yahudi Seorang wanita Yahudi dari kota Akka, yang memasuki dalam kawasan Palestin yang masih diduduki Israel sejak 1948, menyatakan keIslamannya dan menegaskan kesiapannya unutk memberi komitmen sepenuhnya dengan seluruh ajaran Islam. Dilaporkan, ‘Mauran’ yang keluar dari agama Yahudi telah mengubah namanya menjadi ‘Ayah’ (tanda kebesaran, ayat) akan menghadap para rabi Yahudi di kota Quds dalam beberapa hari lagi untuk menyatakan keluarnya dia dari agama Yahudi. Ayah telah mengucapkan dua kalimat syahadat di hadapan sejumlah ulama Islam di salah satu pengadilan Islam di Akka. Ayah berkeras untuk terus komitmen dengan agama Islam sekalipun dirinya bakal mendapat penentangan keras dari kalangan Yahudi mengenai hal ini. Di samping itu, beliau juga menjangkakan akan mendapat tekanan dari sejumlah rabi agar dirinya keluar dari Islam dan kembali kepada agama Yahudi. Ayah menegaskan, dirinya sekarang merasakan manisnya iman dan diliputi rasa senang tiada terkira, sebuah perasaan yang belum pernah dirasakannya sepanjang hidupnya selama ini. Ia menyatakan sikapnya memeluk Islam atas dasar kehendak dan kepuasan diri sendiri. Selain itu beliau juga telah banyak membaca tentang Islam dan Nabi Muhammad SAW. Ia mengatakan, dirinya memutuskan untuk pergi menuju sebuah masjid dan melaksanakan solat di sana dan kemudian memutuskan akan memilih ajaran Islam.(Irb//lsf/sbl) Laman sesawang Al-Hayat menulis, para rabi Yahudi semakin khuatir dengan fenomena para remaja puteri Yahudi yang berpindah memeluk agama Islam. Sebagaimana dilaporkan IRNA, Al-Hayat menambahkan, seorang rabi Yahudi berusaha menyembunyikan kebimbangan ini dan mendakwa bahawa para remaja puteri  Yahudi yang telah memeluk agama lain tetap menjadi orang Yahudi. Berdasarkan data yang diberikan, antara tahun 2005 hingga 2007, Jabatan Kehakiman Zionis Israel mencatat terdapat 249 kes permintaan mengubah agama dan 83 kes melibatkan perpindahan agama kepada Islam. Namun tahun lalu jumlah permintaan untuk menukar agama kepada Islam bertambah menjadi 112 kes yang menunjukkan kenaikan 35 peratus kecenderungan untuk memeluk Islam di kalangan remaja puteri Yahudi. Berdasarkan laporan ini, antara factor mengapa mereka berpaling dari agama Yahudi adalah kerana mereka mendapati semakin bertambahnya kes pembunuhan, aksi kekerasan dan rompakan di kalangan orang-orang zionis sendiri. Wanita Yahudi Seorang wanita Yahudi dari kota Akka, yang memasuki dalam kawasan Palestin yang masih diduduki Israel sejak 1948, menyatakan keIslamannya dan menegaskan kesiapannya unutk memberi komitmen sepenuhnya dengan seluruh ajaran Islam. Dilaporkan, ‘Mauran’ yang keluar dari agama Yahudi telah mengubah namanya menjadi ‘Ayah’ (tanda kebesaran, ayat) akan menghadap para rabi Yahudi di kota Quds dalam beberapa hari lagi untuk menyatakan keluarnya dia dari agama Yahudi. Ayah telah mengucapkan dua kalimat syahadat di hadapan sejumlah ulama Islam di salah satu pengadilan Islam di Akka. Ayah berkeras untuk terus komitmen dengan agama Islam sekalipun dirinya bakal mendapat penentangan keras dari kalangan Yahudi mengenai hal ini. Di samping itu, beliau juga menjangkakan akan mendapat tekanan dari sejumlah rabi agar dirinya keluar dari Islam dan kembali kepada agama Yahudi. Ayah menegaskan, dirinya sekarang merasakan manisnya iman dan diliputi rasa senang tiada terkira, sebuah perasaan yang belum pernah dirasakannya sepanjang hidupnya selama ini. Ia menyatakan sikapnya memeluk Islam atas dasar kehendak dan kepuasan diri sendiri. Selain itu beliau juga telah banyak membaca tentang Islam dan Nabi Muhammad SAW. Ia mengatakan, dirinya memutuskan untuk pergi menuju sebuah masjid dan melaksanakan solat di sana dan kemudian memutuskan akan memilih ajaran Islam.(Irb//lsf/sbl)