fbpx

Pandemik COVID-19 Buka Peluang BHF Bantu Muslim dan Non-Muslim

Pandemik COVID-19 Buka Peluang BHF Bantu Muslim dan Non-Muslim

Pandemik COVID-19 Buka Peluang BHF Bantu Muslim dan Non-Muslim

KUALA LUMPUR, 5 Disember 2020 – Pemuda-pemudi Biro HALUAN Fitrah (BHF) Kuala Lumpur (WPKL) telah melaksanakan misi bantuan pek makanan disasarkan kepada mualaf dan masyarakat bukan Islam kategori B40 yang sangat memerlukan.

Penggerak program terdiri daripada 10 orang pemuda-pemudi BHF WPKL di mana program tersebut mensasarkan sebanyak 40 buah rumah B40 di  sekitar kawasan Wilayah Kuala Lumpur.

Program pertama telah dilaksanakan pada Sabtu, 5 Disember dan selanjutnya akan dilaksanakan empat  kali setahun pada bulan Disember, Mac, Jun dan September. Penghantaran pertama pada minggu pertama bulan Disember itu melibatkan 10 buah rumah di Program Perumahan Rakyat (PPR) Beringin, Jinjang Utara di sini. Program bermula jam 10.00 pagi dengan  sukarelawan berkumpul untuk memuatkan pek bantuan terdiri daripada beras 10 kg, kicap (1 botol kecil), tepung (1 paket), biskut (1 paket), minyak masak (1 paket), sardin (1 tin besar) dan telur (1 papan 30 biji).

“Setelah kami sampai di kawasan perumahan tersebut, aktiviti kami diteruskan dengan pengagihan sumbangan keperluan asasi kepada senarai nama yang layak menerima bantuan. Setiap sukarelawan perlu mematuhi SOP yang disediakan sebagai contoh memakai pelitup muka, sanitasi tangan, penjarakan sosial dan lain-lain. 10 buah rumah yang menerima merupakan lima masyarakat India dan lima masyarakat Cina,” berkata Pengerusi BHF WPKL, Encik Muhammad Azhari Johari.

Salah seorang pakcik berbangsa Cina, Encik Lai Konn Ying dan makcik berbangsa India, Puan Chitra Devi a/p Balakrishinan yang kami santuni menggunakan  kerusi roda, manakala seorang pakcik yang asalnya berbangsa Melayu tetapi dibela oleh keluarga Cina, Encik Eng Bok Sooi tinggal sebatang kara. Sebelah daripada kakinya memakai kaki palsu dan beliau tiada berkeluarga.

Objektif program ini adalah demi melaksanakan sumbang saran terbaik di mana Islam mengajar umatnya membantu masyarakat Muslim mahupun Non-Muslims. Di saat pandemik, generasi muda dapat belajar menyantuni mualaf dan masyarakat Non-Muslim dalam memahami sosio-budaya serta keperluan mereka di saat satu dunia dilanda ujian COVID-19 ini. Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul.

Aktiviti penyerahan  tersebut tamat pada jam 1.00 tengahari.


Laporan Nurasna Abd Halim, Setiausaha Unit HALUAN Fitrah WPKL