fbpx

Palestin Tetap Segar di Hati Warga UTeM

Palestin Tetap Segar di Hati Warga UTeM

Palestin Tetap Segar di Hati Warga UTeM

MELAKA, 30 Januari 2013 – Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) prihatin tentang nasib yang menimpa oleh rakyat Palestin dalam menghadapi kekejaman berterusan rejim Zionis dengan menganjurkan Majlis Palestin Tetap Segar di Hati hari ini. Program ini direalisasikan menerusi rangkaian kerjasama bersepadu antara UTeM, Puspanita Cawangan UTeM dan HALUAN Malaysia.

Majlis berlangsung di Dewan Besar, Kampus Induk UTeM bermula jam 10.30 pagi dan tamat pada jam 1.00 petang. Turut hadir memeriahkan majlis, Prof. Datuk Dr. Ahmad Yusoff Hassan (Naib Canselor UTeM), Datin Sara Ayub (Pengerusi Puspanita Cawangan UTeM), Dr Syed Muhammad Haleem Syed Hassan (Ketua Biro HALUAN Palestin), Pengurusan Tertinggi UTem, Pegawai Kanan UTeM, kakitangan UTeM dan Barisan Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) UTeM. Dianggarkan hampir 2000 orang tetamu prihatin yang hadir ke majlis ini.

Menurut Naib Canselor UTeM, Prof. Datuk Dr. Ahmad Yusoff Hassan, majlis seperti ini diharapkan berperanan sebagai suatu medium bagi melaksanakan tanggungjawab sosial ke arah melestarikan nilai-nilai murni dan perasaan keprihatinan yang tinggi di kalangan warga Universiti serta Puspanita Cawangan UTeM dalam meringankan penderitaan yang sedang ditanggung oleh masyarakat Palestin.

“Ini merupakan komitmen pada peringkat permulaan oleh UTeM bagi menghulurkan bantuan kepada rakyat Palestin dan langkah seterusnya akan dilaksanakan oleh UTeM menerusi misi dan agenda-agenda yang lebih besar pada masa akan datang,” katanya lagi dalam wawancara bersama media.

RM121,646 berjaya dikumpulkan oleh pihak UTeM hasil sumbangan badan-badan korporat, agensi swasta dan seluruh warga prihatin UTeM. Sumbangan ikhlas ini akan disalurkan ke Pusat Rawatan Kanser Al Huda di Bandar Gaza, Palestin.

Anda juga boleh memberi sumbangan terus melalui HALUAN Malaysia boleh dibuat kepada “Tabung HALUAN Palestin” di Bank Islam Malaysia Berhad 14 023 01 003429 2 atau Maybank Berhad 5644 9020 8528.

Sebarang pertanyaan boleh diajukan melalui talian 019-218 7861 atau 013 282 0731.

Majlis penyerahan cek sumbangan daripada pihak UTeM kepada pihak HALUAN Malaysia

Cenderamata disampaikan oleh Naib Canselor UTeM, Prof. Datuk Dr. Ahmad Yusoff Hassan kepada pihak HALUAN Malaysia yang diwakili Ketua Biro HALUAN Palestin, Dr Syed Muhammad Haleem Syed Hassan disaksikan oleh Naib Presiden HALUAN, Profesor Madya Dr. Nik Mutasim Hj Nik Ab Rahman

“Ini merupakan komitmen di peringkat permulaan oleh UTeM bagi menghulurkan bantuan kepada rakyat Palestin dan langkah seterusnya akan dilaksanakan oleh UTeM menerusi misi dan agenda-agenda yang lebih besar pada masa akan datang,” berkata Naib Canselor UTeM, Prof. Datuk Dr. Ahmad Yusoff Hassan kepada media.