fbpx

NUZUL AL-QURAN

NUZUL AL-QURAN

NUZUL AL-QURAN

Al-Quran diturunkan oleh Allah SWT, lalu jadilah ia kitab yang mulia sehingga menjadikan perkara yang terkait dengannya turut sama mulia.

Al-Quran yang mulia diturunkan melalui Jibril, lalu jadilah Jibril sebaik-baik malaikat.

Al-Quran yang mulia diturunkan kepada Nabi Muhammad SAW, lalu jadilah baginda penghulu segala makhluk.

Al-Quran yang mulia dikhususkan kepada umat Islam, lalu jadilah mereka sebaik-baik umat.

Al-Quran yang mulia diturunkan pada bulan Ramadan, maka jadilah Ramadan bulan yang penuh keberkatan.

Al-Quran yang mulia diturunkan pada malam al-Qadr, lalu jadilah malam al-Qadr sebaik-baik malam daripada seribu bulan.

Bagaimana sekiranya al-Quran itu diturunkan ke dalam hati kita?

Namun,

Tidak ramai antara kita yang mengambil al-Quran sebagai petunjuk seharian serta menjadikannya sebuah kitab istimewa yang sepatutnya direnungi sehingga mampu memahami, mengambil ibrah, mengamalkan dan menerapkan hukum-hakam Allah SWT secara menyeluruh, tidak mengambil sebahagian dan tidak menolak sebahagian.

Salam Nuzul al-Quran
17 Ramadan 1441H

#StayAtHome

#KitaJagaSemua

#SejutaBarakahRamadan

__
Donate to Sejuta Barakah Ramadan

#StayAtHome – Lakukan Sedekah Dengan Lebih Selamat & Mudah Secara Dalam Talian

Join Broadcast List HALUAN
http://broadcasthaluan.wasap.my