fbpx

Netanyahu Menolak Sebarang Usaha Kemerdekaan Tanah Palestin

Netanyahu Menolak Sebarang Usaha Kemerdekaan Tanah Palestin

Benjamin Netanyahu, Perdana Menteri Israel, memperingatkan para pemimpin Palestin terhadap setiap usaha untuk menyatakan secara sebelah pihak kemerdekaan untuk wilayah Jalur Gaza, Tebing Barat, dan Jerusalem Timur. Dalam ucapannya di radio pada hari Minggu malam kelmarin, Netanyahu berkata: “Tidak ada pengganti untuk perundingan antara Israel dan pihak berkuasa Palestin. Setiap tindakan sebelah pihak hanya akan mengungkap kerangka perjanjian antara kami dan hanya dapat mengarah pada satu keadaan iaitu langkah-langkah Israel kemudiannya.”

Netanyahu tidak menentukan apa “langkah-langkah” Israel yang akan diambil, tapi para pakar perundangan Israel telah mengatakan bahawa jika Palestin bergerak maju maka Israel akan membatalkan persetujuan damai. Dengan kenyataan keras ini jelas sekali menunjukan Israel sama sekali tidak menginginkan perdamaian ataupun berdirinya Negara Palestin. “Israel boleh mengatakan bahawa telah berlaku perlanggaran besar dan bahawa perjanjian itu tidak berlaku,” Robbie Sabel, mantan penasihat perundangan Kementerian Luar Negeri Israel mengatakan kepada The Associated Press. (sa/paltel)