fbpx

Video Polis Israel Berlaku Biadap Terhadap Keluarga Palestin Tersebar di Youtube

Video Polis Israel Berlaku Biadap Terhadap Keluarga Palestin Tersebar di Youtube

Video Polis Israel Berlaku Biadap Terhadap Keluarga Palestin Tersebar di Youtube

Sabtu (15 Okt)  kelmarin tersebar video di youtube yang mempertontonkan kebiadaban polis Zionis menganiaya sebuah keluarga Palestin di kota Yafa yang terletak di tanah Palestin 1948. Polis Zionis itu telah menendang dan memukul keluarga Palestin secara kejam, termasuk menganiaya perempuan dan anak-anak tanpa belas kasihan walaupun mereka terus menangis dan menjerit-jerit. Dalam video itu, polis Zionis menarik secara paksa seorang anak dari dakapan orang tuanya, dan anak itu menjerit dengan sangat kuat. Ibunya berusaha untuk menghalangi penganiayaan itu akan tetapi pasukan polis Zionis itu menghalanginya dan memukul wanita tersebut sehingga jilbabnya terbuka. Wanita itu pun akhirnya hanya mampu menangis. Diakhir video itu memperlihatkan ditangkapnya seorang pemuda Palestin, kemudian dibawa ke dalam kenderaan polis pasukan khas Zionis, dengan kedua tangan dibelakang digari. (msy/alj/knrp)