Kesatuan Perubatan Profesional Malaysia Kecam Genosid Israel di Gaza
BANDAR BARU BANGI, 4 Jan 2025 – Enam kesatuan perubatan Malaysia telah bersepakat mengecam kekejaman rejim Israel terhadap orang awam di Gaza, lebih-lebih lagi terhadap pembunuhan kejam pekerja perubatan, pesakit hospital dan pemusnahan sepenuhnya hospital dan kemudahan serta aset kesihatan awam.
Kenyataan bersama Kolej-kolej di bawah Akademi Perubatan Malaysia yang dikeluarkan pada 3 Januari di Kuala Lumpur secara khusus menyebut tentang pelanggaran jelas yang dilakukan oleh rejim zionis terhadap Perkara 18 Konvensyen Geneva keempat Undang-undang Kemanusiaan Antarabangsa yang melarang tentera menyasarkan hospital dan unit perubatan, tanpa mengira lokasi atau fungsinya. Ia termasuk ambulans yang bergerak bergegas untuk menyelamatkan nyawa.
Serangan ke atas hospital awam, seperti yang dilihat di Gaza, adalah jenayah perang di bawah undang-undang antarabangsa, kata kenyataan itu. Selepas lebih setahun pengeboman tanpa henti sejak 7 Oktober 2023, Israel telah gagal menunjukkan walaupun sebebis bukti yang boleh dipercayai bahawa hospital digunakan oleh pejuang penentang atau sebagai perisai manusia. Siasatan bebas oleh organisasi seperti Pemerhati Hak Asasi Manusia dan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu secara konsisten tidak menemui sebarang bukti untuk dakwaan sedemikian.
Untuk tempoh lebih satu tahun, tentera Israel - bukan “Pasukan Pertahanan” seperti yang mereka ingini digelar - telah menyerang dan memusnahkan semua 36 pusat perubatan termasuk 21 hospital di Gaza. Dengan sengaja. Bayi berulang kali didapati dalam keadaan reput selepas kakitangan dihalau secara paksa oleh tentera Israel.
"Bantuan kemanusiaan dihentikan menyebabkan tiada bekalan ubat-ubatan penting, menyebabkan pembedahan dilakukan tanpa ubat bius atau ubat tahan sakit. Sistem kesihatan telah musnah sepenuhnya dan ini adalah jenayah terhadap kemanusiaan,” kecam kesatuan perubatan di Malaysia itu.
Kementerian Kesihatan di Gaza telah melaporkan lebih 500 pekerja penjagaan kesihatan yang dinamakan termasuk jururawat, paramedik, doktor dan kakitangan perubatan lain telah terbunuh sejak Oktober 2023. Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) melaporkan bahawa sekurang-kurangnya 214 pekerja penjagaan kesihatan telah ditahan oleh tentera Israel.
Dalam laporan itu, seorang pakar bedah ortopedik Palestin terkenal, terlatih di King's College UK, menjadi tajuk utama berita dunia tetapi kemudiannya dibisukan media berita antarabangsa kerana Israel tidak mampu mendapat publisiti yang lebih buruk. Dr Adnan Al Bursh adalah ketua di Hospital Al Shifa, dan dia dipukul berkali-kali sebelum meninggal dunia di penjara Ofer Israel.. Dia enggan berundur demi pesakitnya dan telah ditangkap. Pihak berkuasa Palestin dan kumpulan advokasi telah mengaitkan kematiannya dengan penyeksaan dan penganiayaan dalam tahanan, dengan OHCHR mengesahkan mayatnya menunjukkan tanda-tanda penyeksaan. Kematiannya telah diketengahkan sebagai sebahagian daripada "proses penyasaran sistematik terhadap kepakaran perubatan dan sistem penjagaan kesihatan di Gaza" oleh Israel. Mengapakah dunia membisu tanpa bicara?
The Lancet, jurnal perubatan berprestij dalam penerbitan Julai 2024, telah menganggarkan 186,000 kematian di kalangan rakyat Palestin di Gaza. Pemantau Hak Asasi Manusia Euro-Med menganggarkan 70,000 tan bahan letupan telah dijatuhkan di jalur Gaza sahaja, yang mengatasi semua bom yang dijatuhkan semasa Perang Dunia II di Eropah. Kuasa pengeboman di kawasan sebesar lapangan terbang Heathrow London itu adalah bersamaan dengan lebih daripada tiga bom atom yang digugurkan di Hiroshima semasa Perang Wolrd II.
Sehingga minggu lepas, Hospital Kamal Adwan merupakan hospital terakhir yang menyediakan perkhidmatan walaupun diserang. Daripada keterangan doktor hospital, selama beberapa hari, drone zionis berulang kali menjatuhkan bom tangan di hospital, memusnahkan penjana elektrik dan sumber air, penting untuk menjaga ramai yang cedera dan sakit. Ramai kakitangannya juga tercedera dan terbunuh dalam serangan tersebut.
"Dan kemudian tentera Israel datang, dan memaksa pemindahan hospital. Ketua hospital, Dr Hssam Abu Safiyya ditahan kerana enggan meninggalkan pesakitnya. Saksi melaporkan dia disebat dengan wayar elektrik jalanan, selepas memaksa dia dan kakitangan lain menanggalkan pakaian. Hospital itu kemudiannya dibakar oleh tentera Israel. Doktor itu kini berada di penjara sama yang menempatkan almarhum Dr Al Bursh, dan nasibnya tidak diketahui,” kata kenyataan itu.
Selain daripada hospital, Israel telah menyerang orang awam di Gaza tanpa henti, memusnahkan lebih daripada 80% rumah, semua sekolah, semua universiti, masjid, gereja, klinik, dan juga kem pelarian. Video yang dimuat naik oleh askar mereka sendiri di media sosial menunjukkan pengeboman tempat awam secara sengaja dilakukan dengan penuh keriangan. Ramai yang dibakar hidup-hidup, dan terdapat rakaman video menunjukkan pesakit sedang terbakar dengan talian IV masih terpasang pada badan mereka. Ini adalah genosid mutlak, dan Israel serta sekutunya perlu bertanggungjawab di Mahkamah Dunia suatu hari nanti.
Mana-mana negara pada hari ini, tanpa mengira status dan kehebatan mereka, yang masih menyokong Israel atas genosid yang disengajakan dan pembersihan etnik ini, mesti dipertanggungjawabkan. Ini bukan tentang Israel sahaja. Rakan-rakan mereka yang menyokong juga perlu dipertanggungjawabkan. Pembunuhan paling kejam sedang berlaku di depan mata dunia tanpa apa-apa yang dapat dilakukan untuk menghentikannya walaupun ia sedang berlaku secara nyata. Tentera Israel disokong kuat oleh apa yang disebut sebagai "tentera simpanan beragama Yahudi" yang hidup bahagia dengan gaya hidup moden, mempunyai pekerjaan yang baik di banyak negara Barat di Eropah terutamanya di Amerika. Setiap seorang daripada "tentera simpanan" ini perlu ditandai secara rahsia menggunakan teknologi moden, dengan nama sebenar dan samaran mereka, serta identiti kewarganegaraan dwi atau pelbagai mereka, dan pengecaman paspot mereka di seluruh dunia, supaya negara-negara bertamadun yang menentang kekejaman genosid ini dapat menjejaki mereka secara biometrik apabila mereka bergerak di seluruh dunia sebagai pelancong, pengembara perniagaan atau tentera upahan. Jangan biarkan satu orang pun terlepas. Mereka semua adalah pembunuh yang menyamar, walaupun berpakaian sut mewah tiga serangkai. Kami mahukan keadilan dituntut di atas kekejaman mereka dan mereka perlu tahu tentang usaha ini.
Tiada dua cara lain untuk menggambarkannya kecuali ini adalah genosid yang jelek, diatur, dan dirancang serta pembersihan etnik oleh tentera zionis. Amnesty dan Human Rights Watch telah mengesahkan bahawa genosid sedang berlaku di Gaza. Kebuluran yang disengajakan selama bertahun-tahun, penyeksaan, kanak-kanak yang dipenggal akibat pengeboman, rakaman video rogol berkumpulan terhadap tahanan, dan pengeboman berterusan semuanya membuktikan kekejaman yang disiarkan secara langsung, paling terhina dan buruk dalam sejarah.
Pernyataan tersebut diakhiri dengan: “Kami, kolej-kolej yang disenaraikan di bawah ini, di bawah Akademi Perubatan Malaysia ingin merakamkan kecaman kami terhadap tindakan tidak berperikemanusiaan ini. Kami menggesa agar gencatan senjata segera dan pembukaan sekatan bantuan dilaksanakan, dengan jaminan keselamatan untuk bantuan kemanusiaan. Israel, sebagai sebahagian daripada Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, mesti mematuhi semua resolusi yang telah diluluskan, kerana tanpanya, krisis kemanusiaan di Gaza akan berpanjangan.
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu dan semua negara di dunia mesti bersatu untuk melaksanakan keadilan undang-undang dan moral, termasuk sekatan dan penangkapan atas jenayah terhadap kemanusiaan untuk menghentikan semua pembunuhan tidak berperikemanusiaan ini. Kekejaman terhadap manusia, termasuk serangan terhadap institusi penjagaan kesihatan dan kakitangan, mesti dihentikan dan tidak boleh dinormalisasi. Dunia tidak boleh kehilangan rasa kemanusiaan, empati, dan kewarasan. Kompas moral, etika, dan undang-undang mesti dipulihkan dan dikekalkan."
Pernyataan tersebut adalah kenyataan bersama oleh enam persatuan profesional perubatan Malaysia iaitu Kolej Doktor Kecemasan, Kolej Radiologi, Kolej Obstetrik dan Ginekologi, Kolej Pakar Bius, Kolej Kesihatan Awam, dan Kolej Oftalmologi. Doktor dan pekerja penjagaan kesihatan di seluruh dunia bekerja keras siang dan malam untuk menyelamatkan nyawa dan memberi harapan untuk kehidupan yang lebih baik dan sihat demi kemanusiaan tanpa sempadan. Manakala zionis dan negara-negara yang menyokong mereka bekerja keras untuk memastikan semua itu tidak berlaku.
Laporan oleh Bro. Y
Bahagian Media HALUAN Malaysia