fbpx

Kursus Guru Taska Alim Soleh Ketengahkan Pendidikan Kurikulum Bersepadu

Kursus Guru Taska Alim Soleh Ketengahkan Pendidikan Kurikulum Bersepadu

Kursus Guru Taska Alim Soleh Ketengahkan Pendidikan Kurikulum Bersepadu

BANDAR BARU BANGI, 14 Sept 2024 – Kursus Guru Taska Program Alim Soleh Siri 1 anjuran Biro HALUANITA telah menarik penyertaan 24 orang guru taska yang berdaftar di bawah Program Alim Soleh.

Menurut Pengarah Program Alim Soleh, Puan Alfiah Samingan, kesabaran dan usaha berterusan penting dalam mendidik anak-anak sejak mereka kecil lagi. Program selama dua hari itu meliputi penataran Teras Kurikulum Alim Soleh, penerangan mengenai gabung jalin enam bidang Kursus Asuhan Permata (KAP) dengan kurikulum, pengenalan Modul Alim Soleh, tadabbur Surah Ar-Rahman dan Asmaul Husna, beserta modul pembelajaran dalam bidang bahasa, estetika, deria, dan fizikal. Melalui program ini, peserta berpeluang berkongsi pengalaman serta merancang aktiviti secara amali bersama, sesuai untuk kanak-kanak di bawah 4 tahun.

HALUAN berharap para peserta dapat menerapkan pengetahuan dan kemahiran yang diperolehi untuk memupuk kecerdasan dan akhlak mulia dalam diri anak-anak di bawah pusat jagaan mereka. Program Alim Soleh terus komited dalam mengangkat pendidikan anak-anak berdasarkan syariat yang benar berpandukan Al-Quran dan sunnah.


Laporan Nur Farhana Abdul Pata
Setiausaha Kerja (Kluster Wanita dan Pembangunan Keluarga)