HALUANITA dan IESCO Bincang Bantuan Untuk Wanita Gaza
BANDAR BARU BANGI, 16 Nov 2024 – HALUANITA telah menerima kunjungan rasmi daripada wakil International Educational Scientific and Cultural Organization (IESCO) di Pejabat HALUANITA di sini semalam. Kunjungan tersebut bertujuan membincangkan cadangan projek bantuan khusus untuk wanita Gaza.
IESCO adalah sebuah institusi yang menyatukan usaha dalam memajukan pendidikan, sains, dan kebudayaan, dengan memanfaatkan kepakaran khusus dan memastikan penyertaan aktif dalam program atau projek untuk kejayaan jangka panjang.
Wakil IESCO yang hadir adalah Ketua Pegawai Eksekutif, Encik Ayman Hussein; Pegawai Perhubungan Awam dan Eksekutif Pemasaran, Encik Mohammed Sabri; Eksekutif Pemasaran Cik Malak Fayez Abdalrauf; serta setiausaha, Cik Nor Shahidatul Akma. HALUAN diketuai oleh Naib Presiden 6, Dr. Zurina Muda, dan disertai Setiausaha Kerja Wanita dan Pembangunan Keluarga, Cik Nur Farhana Abd Pata; Setiausaha Kerja Kebajikan dan Kemanusiaan, Puan Fatin Athirah Abdul Sani; dan Pegawai Kewangan, Puan Ummiramzillah Ahmad.
IESCO telah mengajukan tiga cadangan projek utama iaitu agihan kit kesihatan untuk ibu mengandung, bantuan kewangan kepada guru-guru, dan bantuan khas kepada anak yatim Gaza. Projek ini bertujuan memperkasakan wanita dan menyokong pembangunan komuniti di Gaza.
—
Laporan Nur Farhana Abd Pata
Setiausaha Kerja Wanita dan Pembangunan Keluarga