fbpx

Bantuan Musim Sejuk

Bantuan Musim Sejuk
188 Donors

48 Days Left ,

Bantuan Musim Sejuk

Raised: RM18,168.00 / Goal: RM800,000.00

Donate Now
Bantuan Musim Sejuk untuk Pelarian Gaza, Syria dan Lubnan. Harapan di Tengah Keperitan.
Di tengah perang yang tiada kesudahan, ribuan keluarga pelarian di Gaza, Syria dan Lubnan kini berdepan dengan cabaran besar menghadapi musim sejuk yang mencengkam. Hujan lebat, angin kencang, dan suhu yang semakin menurun mengancam kelangsungan hidup mereka. Dalam keadaan yang serba kekurangan ini, ramai yang terpaksa tinggal di khemah-khemah sementara, tanpa perlindungan yang mencukupi, terdedah kepada cuaca ekstrem yang membekukan.
Kehidupan mereka sudah cukup tragis – kehilangan rumah, ahli keluarga yang tersayang, dan hidup dalam ketidakpastian. Namun kini, mereka terpaksa berdepan dengan perjuangan baru: bagaimana untuk terus hidup dalam musim sejuk yang semakin membekukan? Tanpa pakaian sejuk yang mencukupi, tanpa penebat untuk menghalang angin dingin, dan tanpa perlindungan dari hujan serta banjir yang sering melanda.
Marilah kita hulurkan harapan kepada mereka. Dengan sumbangan anda, kita dapat menyediakan pakaian hangat, selimut, makanan panas, air bersih, khemah yang selamat, serta bahan bakar untuk pemanas dan keperluan asas lain bagi membantu mereka bertahan menghadapi musim sejuk yang penuh cabaran ini.
Musim sejuk ini, mari kita hangatkan mereka dengan doa dan bantuan yang terbaik.
HALUAN mensasarkan agihan bantuan kepada 5,000 keluarga pelarian di Gaza, Kem Ein El-Hilweh di selatan Lubnan dan wilayah Syria berdekatan Turkiye.
Berikut adalah pecahan perbelanjaan yang diperlukan:
  • Makanan panas (2,000 keluarga) – RM 500,000
  • Pakaian, selimut & tilam (1,800 keluarga) – RM 90,000
  • Bahan bakar untuk pemanas (200 pek) – RM 10,000
  • Kain kanvas khemah (2,000 unit) - RM 150,000
  • Air bersih (50 lori) - RM 50,000