Bantuan Bencana Banjir Monsun Timur Laut 2024/2025
Raised: RM20,360.00 / Goal: RM450,000.00
Bantuan Bencana Banjir Monsun Timur Laut 2024/2025
Setiap tahun negara kita dilanda banjir akibat Monsun Timur Laut, mengakibatkan ribuan keluarga kehilangan tempat tinggal, harta benda, dan kehidupan yang biasa mereka jalani. Namun, dengan sokongan awal semua pihak, kita dapat memberikan bantuan segera yang sangat diperlukan untuk meringankan beban mereka dan memulakan proses pemulihan.
HALUAN telah memulakan operasi bantuan di kawasan-kawasan terjejas, terutamanya di Pantai Timur, dengan menggerakkan relawan kami untuk memberikan sokongan kepada mangsa-mangsa banjir. Kami memerlukan lebih banyak sokongan daripada semua pihak untuk memastikan bantuan sampai kepada mereka yang memerlukannya, termasuk:
- Makanan dan minuman sedia dimakan (ready-to-eat) di pusat pemindahan sementara (PPS) dan rumah mangsa yang boleh dimasuki.
- Pek makanan asasi untuk keperluan makan dan minum asas keluarga.
- Kelengkapan solat termasuk telekung, kain pelikat, dan sejadah.
- Kelengkapan tidur seperti alas tidur tebal (toto), selimut, dan bantal.
- Kit kebersihan diri yang merangkumi berus gigi, ubat gigi, sabun, dan syampu.
- Bantuan pemeriksaan kesihatan dan perubatan asas untuk mangsa.
- Pembersihan premis rumah mangsa dan kemudahan awam seperti surau, masjid, dan sekolah.
Sumbangan kewangan anda akan digunakan untuk menampung kos logistik, persediaan peralatan, perolehan barangan bantuan, dan pengurusan relawan yang diperlukan dalam operasi ini.
Tiada sumbangan yang terlalu kecil. Setiap sumbangan, doa, dan bantuan yang anda berikan akan sangat bermakna dalam tempoh mencabar ini. Mari bersama-sama kita ringankan beban mangsa banjir dan bantu mereka untuk memulakan semula kehidupan yang lebih baik.
#BantuanBanjir2024-25
#MonsunTimurLaut #MTL

#BantuanBanjir2024-25 #MonsunTimurLaut #MTL