fbpx

Murid-murid Andalas Tersentuh Dek Gaza

Murid-murid Andalas Tersentuh Dek Gaza

Murid-murid Andalas Tersentuh Dek Gaza

KELANG, Isnin 19 Januari 2009 – Melentur buluh biar dari rebungnya. Pepatah inilah menjadi pegangan para pendidik di SMK Sri Andalas, Kelang, Selangor yang telah memulakan kempen derma tabung Palestin di sekolah mereka.


Saban hari, media cetak dan elektronik menghidangkan penganiyaan terbuka serta maut yang menanti penduduk awam Palestin yang tidak berdosa akibat keganasaan rejim teroris Israel. Gambar-gambar pilu anak-anak kecil dan bayi yang diragut nyawanya oleh teroris Israel kian memilukan hati warga sekolah berkenaan.

Dr Suraiya Ibrahim mewakili HALUAN Palestin menerima sumbangan untuk tabung Palestin daripada Puan Asiah Abu Jamal, PK HEM SMK Sri Andalas, Klang.

Semampunya, derma serta doa sahajalah yang dapat mereka panjatkan untuk meringankan beban penderitaan umat Gaza di Palestin. Sekretariat HALUAN Palestin mengucapkan jutaan terima kasih kepada para pendidik, pentadbir serta pelajar-pelajar SMK Sri Andalas di atas keprihatinan mereka. Sumbangan warga SMK Sri Andalas setakat 19 hb Januari 2009 berjumlah RM 4350.55. Semoga infaq mereka ini diterima oleh Allah SWT.