fbpx

Muka Baru di HALUANSiswa KTD

Muka Baru di HALUANSiswa KTD

Muka Baru di HALUANSiswa KTD

KOTA BHARU, 17Okt 2015 – Kelab Siswa HALUAN (HALUANSiswa) Kolej Teknologi DarulNaim (KTD) telah mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan pada Jumaat, 16 Oktober di kolej berkenaan. Mesyuarat yang dihadiri oleh Majlis Tertinggi dan Ahli Jawatankuasa HALUANSiswa KTD seramai 30 orang itu bermula jam 8.30 malam hingga 11.00 malam.

Mesyuarat tersebut adalah untuk melantik Ahli Jawatankuasa yang baru bagi menggantikan Ahli Jawatankuasa yang telah tamat belajar di KTD. Antara matlamat utama HALUANSiswa KTD adalah untuk memantapkan Dakwah dan Tarbiyah di kolej berkenaan, terkenal kerana penekanan kepada pembentukan sahsiah mahasiswanya selain daripada pencapaian akademik yang cemerlang.

Ahli turut dihidangkan santapan rohani dengan amanat daripada Penasihat HALUANSiswa KTD, Ustaz Abdul Halim Muhammad Rabbani. Beliau menjelaskan tentang rukun sesuatu fikrah yang wajib ada pada setiap pemuda. Yang pertamanya, asas Iman ialah hati yang bersih. Kedua, asas keikhlasan ialah suci dari kesyirikan, ketiga, asas hamasah ialah kefahaman yang jitu, dan yang terakhir, asas amal ialah azam yang mantap.

Aktiviti kemuncak pada malam itu ialah penyerahan jawatan kepada Majlis Tertinggi yang baru oleh Encik Abdul Auf Kadir setelah selesai pembentangan laporan tahunan oleh setiausaha dan laporan kewangan oleh bendahari.

Pelajar Diploma Kejuruteraan Elektronik, Encik Hudzaifah Hasri telah dilantik menjadi Presiden Kelab Siswa HALUAN KTD yang baru menggantikan Encik Abdul Auf Kadir. Umar Faruq Md Diah dan Cik Ummu Sulaim Azmin masing-masing memegang jawatan Timbalan Presiden 1 & 2 HALUANSiswa KTD. Semua ahli bersepakat untuk mengekalkan Cik Fatin ‘Aliah Rusli sebagai Setiausaha dibantu oleh Encik Ahmad Shamil Sharihan, manakala Nur Syafiqah Ibrahim dilantik sebagai Bendahari HALUANSiswa KTD. Exco HALUANSiswa KTD akan dilantik oleh Majlis Tertinggi yang baru untuk mengekalkan kualiti Ahli JawatanKuasa di samping memupuk sikap bersangka baik sesama ikhwah.

Mesyuarat yang dipengerusikan oleh Encik Ahmad Shamil Sharihan itu diakhiri dengan bacaan doa oleh Hudzaifah Hasri.


Laporan oleh Fatin ‘Aliah Rusli, Setiausaha HALUANSiswa KTD