fbpx

Misi Kebajikan dan Kemanusiaan Kemboja 2012

Misi Kebajikan dan Kemanusiaan Kemboja 2012

Misi Kebajikan dan Kemanusiaan Kemboja 2012

KEMBOJA, 15 Julai 2012 – Menyalurkan bantuan kepada yang memerlukan adalah satu perkara yang positif untuk membawa perubahan kepada sesebuah tempat dan itulah yang dilakukan oleh pihak HALUAN kepada masyarakat Islam di Kemboja sejak 2002.

Ketua Misi Kebajikan dan Kemanusiaan Kemboja 2012, Dr Baharudin Suri berkata misi ini adalah bertujuan untuk meneruskan program yang telah dijalankan sebelum ini.

Menurutnya, misi ini dilakukan adalah bertujuan untuk membantu meningkatkan tahap pendidikan masyarakat Islam di Kemboja yang banyak ketinggalan selepas zaman pemerintahan Komunis Pol Pot.

Katanya lagi, bantuan pendidikan ini telah bermula sejak 2002 dengan mengambil pelajar daripada Kemboja menyambung pelajaran di Malaysia dan juga Mesir.

Selain itu, misi ini dilakukan untuk memperkuatkan hubungan kerjasama dengan mufti Kemboja dan juga mengaturkan semula pelajar membantu masyarakat setempat selepas mereka merantau menuntut ilmu.

Misi pada kali ini juga telah menyampaikan bantuan alat menulis, pemeriksaan kesihatan rumah ke rumah, bantuan kepada keluarga miskin dan juga melakukan ‘tube well’ ataupun dikenali sebagai perigi untuk mendapatkan sumber air.

‘Pasukan TV3 juga turut serta bersama misi pada kali ini adalah untuk mendokumentasikan apa yang telah dibuat oleh pihak HALUAN sendiri’, katanya lagi.

Dr Baharudin berharap supaya dapat meneruskan misi seperti ini untuk membantu masyarakat Islam di Kemboja agar mereka tidak mundur dibawa arus permodenan.


Berita oleh: Suhaib Shapiee
Gambar oleh: Suhaib Shapiee