fbpx

Men’Jatidiri’ Berdakwah di Kampus

Men’Jatidiri’ Berdakwah di Kampus

Men’Jatidiri’ Berdakwah di Kampus

Tidak pernah terlintas di hati majoriti kita bahawa berdakwah di kampus bakal menjadi teras kegiatan harian selain berusaha memperolehi segulung ijazah.


Masakan tidak. Oleh kerana kesibukan mentelaah, berdiskusi, menghafal dan membentang untuk lulus, setiap warga pelajar kampus akan teruja dengan setiap ujian dan kuiz yang bakal menyusul.

Di celah kesibukan dan hingar bingar kaki lima dewan kuliah itu, sebenarnya masih ada minit-minit santai yang bakal dimanfaatkan untuk dakwah. Tapi, apa kata kalau sasaran dakwah itu bukanlah orang Melayu Islam?

Apa kata kalau cabaran yang diberikan adalah berdakwah kepada rakan sekuliah, seasrama dan sekampus yang non-Muslim (belum Islam)? Pastinya siswa-siswi akan teruja habis-habisan.

“Apa? Bercakap kepada non-Muslim berkenaan Islam? Kami nak kena berkawan dengan students bukan Islam? Tinggal sebilik dengan mereka? Me? In campus? Biar betul pakcik ni…?”, begitulah agaknya gundah di benak anak-anak benih emas kumpulan perintis kem Jatidiri HALUAN 2009/2010 di Bachok, Kelantan pada 22 dan 23 Januari lepas semasa berhadapan buat pertama kalinya dengan team HALUAN Fitrah yang didatangkan untuk membuka minda mereka kepada lembaran baru dakwah. Tema kami adalah “Berdakwah Kepada Non-Muslim di Kampus”.

Islahkan yang sudah Muslim, dakwahkan yang belum mengenali Islam. Kerana setiap kita akan dipersoalkan kenapa kita tidak berdakwah kepada rakan, kenalan dan jiran kita yang belum kenal Islam sebenarnya. Jangan pula sesampai di pintu syurga nanti, kita dihentikan oleh Mr Lim, Uncle Naidu, Umpit anak Keliau dan Sarjit Kaur kerana mereka mendakwa di depan Allah SWT bahawa selama berpuluh tahun mereka berkawan dengan kita, namun kita tidak pernah mengajak mereka kepada Islam. Kesal kemudian tidak berguna.

Dengan muqadimmah ancaman akhirat itu, peserta kem seramai 200 orang lepasan SPM itu dibawa ke “paradigma baru” yang belum pernah mereka terokai. Lima kertaskerja ringkas 45 minit setiap satu dibentangkan mengenai Kepercayaan Hedonisme dan Atheisme oleh bro. Jumat Kardiman, Kepercayaan Orang Asli oleh Cikgu Khairuddin Hamzah, Hinduisme dan Bagaimana Mendekati Penganutnya oleh Ustaz Mohd Naim Abdullah, Fahaman Kristianiti oleh bro. Wan Rafi Wan Husin, serta Agama dan Kepercayaan Orang-Orang Cina Malaysia oleh bro. Yusman Nawazir.

Setiap kertaskerja disusuli terus dengan perbengkelan intensif oleh peserta selama 30 minit dan diikuti dengan pembentangan selama 40 minit oleh empat buah kumpulan yang dicabut undi di mana kumpulan yang terbaik diberikan hadiah. Sungguh menakjubkan kerana para Exco HALUAN Fitrah Pusat mendapati peserta sangat bijak memahami subjek yang dibengkelkan dan mampu memberikan ide dan kaedah dakwah yang hampir serupa dengan amalan realiti pendakwah sebenar di bidang muqaranatul adyan. Modul  dua hari itu berakhir dengan pembentangan strategi persiapan berdakwah di dalam kampus dan pentauliahan sebagai “pendakwah kepada non-Muslims” sesama peserta kumpulan.

Berikut adalah respon daripada peserta berkenaan modul dua hari tersebut berdasarkan maklumbalas dalam borang yang telah disediakan oleh Kelab HALUAN Fitrah: