fbpx

Meniti Jalan Ke Al-Aqsa

Meniti Jalan Ke Al-Aqsa

Meniti Jalan Ke Al-Aqsa

Lebih tujuh tahun yang lalu, Israel telah menandatangani satu perjanjian perancangan lima tahun untuk berdamai dengan rakyat Palestin. Namun sehingga ke hari ini, Israel sama-sekali tidak pernah menunaikan perjanjian mereka, malahan rakyat Palestin terus dinafikan hak-hak mereka di bumi mereka sendiri.


Lima juta rakyat Palestin terpaksa berteduh di kem-kem Pelarian dalam serba kedhoifan. Rumah-rumah mereka dirobohkan untuk membina penempatan-penempatan baru Yahudi. Mereka dihalau, samada dengan cara kekerasan ataupun tekanan ekonomi.

Israel dengan bala tenteranya bagaikan sekelompok dubuk yang rakus, terus-menerus memamah hak-hak rakyat Palestin tanpa sedikitpun menghiraukan orang lain atau suara-suara antarabangsa. Ingatkah anda peristiwa 28 September 2000, di mana beribu-ribu tentera Israel di bawah pimpinan Jeneral Ariel Sharon telah menduduki Masjid al-Aqsa? Orang-orang Islam dihalang dari memasuki Masjid al-Aqsa yang mulia itu, justeru mencetuskan provokasi kepada umat Islam. Jeneral yang sama juga telah membunuh beribu-ribu rakyat Palestin di kem pelarian Sabra dan Shatiela dalam tahun 1982. Tentera Israel, dikategorikan dalam kedudukan ke-4 terkuat di dunia, berbekalkan senjata dan peralatan serba moden, saban hari membunuh dan membunuh, sedangkan rakyat Palestin hanya mampu berkonfrontasi dengan cara membaling batu.

Terkini, di samping kekejaman tentera Israel yang sudah menjadi kelaziman, rakyat Palestin secara keseluruhannya ditekan dengan embargo ekonomi dan pemboikotan dana dari luar negara. Terlalu ramai rakyat Palestin tidak mempunyai peluang ataupun ruang untuk bekerja. Sedangkan 75% daripada rakyat Palestin yang bekerja mendapat kurang dari RM10 sehari. Apa lagi yang mereka ingin lakukan? Membina tembok gergasi, membuat catuan air, menutup sekolah-sekolah, menghumban kanak-kanak ke dalam penjara?

Ini adalah sebenar-benarnya satu krisis kemanusiaan yang meruncing. Justeru HALUAN dengan rasa penuh prihatin menggerakkan kempen “Meniti Jalan Ke Al Aqsa“. HALUAN akan menggerakkan sukarelawan-sukarelawan untuk menyedarkan masyarakat akan tanggungjawab kemanusiaan yang mereka harus tunaikan bersama. Kempen yang dijangka bermula awal bulan Mei itu akan melibatkan aktiviti-aktiviti seperti seminar, forum, program mengutip dana, dan banyak lagi. Ayuh! korbankan sedikit kesenangan anda untuk membantu rakyat Palestin yang dizalimi ini.